Label

4 Apr 2015

Pernah

Terakhir.. Jabuari 2014.
Setahun lebih rasanya.
Kemana ya aku dalam tempoh tu.
Aku sendiri hilang..
Hilang dalam ingatan.
Bayang-bayang sendiri.
Rupanya aku pernah ada.
Ada disini buat tatapan semua.
Kini aku kembali.
Terangkn sinar yang pudar.
Kembali bercahaya dalam kelam.
Tapi tak mungkin ada yg perasan.
Kerana dunia tak mungkin mengubah segalanya.
Takdir dah ditentukan.
Setiap satunya.
Membawa kita ke hari esok.
Inilah kita yg sebenar di waktu sekarang.
Aku pernah berhadapan dengan semalam.
Kini meniti hari ini.
Untuk ketentuan di hari esok .

6 Jan 2014

2014

masih ditakuk lama,
merangkak untuk sesuatu.
impian cuma mimpi.
realiti yang menyakitkan.
segalanya, semuanya.

mimpi tinggal mimpi,
angan cuma perasaan..

im failed!!!!!!!!!!!!
shit

17 Nov 2013

langkah

semoga awak bahagia..
selebihnya saya minta maaf.
memori antara kita tenggelam bersama harapan dan pengorbanan.
dibawa bersama arus kekecewaaan,
hilang semuanya, pergi segalanya,
aku masih disini,
menapak selangkah demi selangkah,
membawa segunung harapan,
namun, setiap harapan gugur bersama setiap langkah.
semakin jauh aku melangkah, semakin bertaburan harapan gugur satu persatu,
hingga hilang semuanya,
bila aku berpaling belakang, harapan musnah ditelan masa,
dengan longlai, aku perlu terus melangkah,
aku perlu teruskan,
mungkin dengan lebih laju!
MAAFKAN SAYA AWAK.
SAYA TINGGALKAN SEGALANYA TENTANG AWAK.
AWAK DAH BAHAGIA.
saya perlu terus melangkah.

its over

16 nov 2013
hari ini awak sah menjadi milik dia,
maafkn saya kerana tak dapat hadir majlis awak.
awak tahu,
saya kecewa sebab tak dapat hadir,
saya kecewa tak dapat melihat kebahagiaan awak,
saya kecewa tak dapat memenuhi undangan awak,
saya kecewa kerana terlepas untuk melihat detik-detik bahagia awak.
saya kecewa....sangat.
maafkan saya awak.
lebih 5 tahun saya menunggu dan mengharapkan awak,
tai awak memilih dia,
tak pernah pun sedetik rasa kecewa.
selamat pengantin baru awak,
maafkan saya.
doa saya,
semoga awak bahagia bersama dia hingga ke akhir hayat.
saya boleh berhenti mengharap sekarang.



20 Nov 2012

kembali pada yang asal

asalnya begini,
sudahnya begini.
cuma bezanya adalah,
taraf kehidupan.

dulu keinginan untuk dia,
banyak yang ku lakukan,
untuk hilangkan pemikiran aku dari dia.

semuanya tak menjadi,
aku mencari pengganti,
tapi aku ditinggal pergi.
dia mungkin sudah pergi,

kini aku talah sendiri,
dia pulak yang kuingati.
aku bermain emosi dengan diri sebdiri,
dia bahagia bersama cinta hati.

meranalah aku kini.........

7 Okt 2012

terbuang

semakin hari, semakin kelam,
langsung tak nampak,
makin kabur.

lama-kelamaan menyepi.
inikah kesudahannya.
inikah penamatnya.

aku sentiasa mengharap,
sentiasa menunggu,
tapi sejak dahulu lagi.
ianya memang sia-sia.
kerana aku tak punya apa-apa.

bukan ini yang dimaukan,
tapi mungkin takdir yang menentukan.
aku hanyut dibawa arus.
aku ditinggalkan keseorangan,
dibiar tidak berteman,
dahagakan kasih teman bicara.
namun, ianya hampa belaka.

sudah lama menyepi,
tinggalkan aku sendirian,
langsung sunyi,
aku keseorangan.
ditinggal begini.
sungguh.....

aku sendiri.
walau namamu terpahat dihati.