Label

31 Dis 2009

sepinya penantian

sudah lama aku tunggu..
aku terus menunggu..
sampai aku terlena..

besok aku tunggu lagi..
dan akan menunggu..
walaupun aku tahu ianya tak akan tiba..
tentu tak akan sampai..
mengapa?
ya..aku bertanya sendiri..
arang cacatkah aku?
hina kah aku..
mungkin..
kalau tidak kenapa aku perlu tunggu..
menunggu seorang diri dalam satu dilema..
yang membahagikan antara kebahagiaan dan kekecewaan..
yang aku sendiri dapat rasakan...
yg ianya pasti akan muncul..
yaaa..
satu hari nanti..
mungkin aku akan jatuh..
tapi aku perlu bangun..
kerana aku perlu tunggu..
aku tahu ada satu ketika penantian ini pasti berakhir..
sepi ini pasti berlalu...
aku x akan hampa..
aku tak akan kecewa..
aku perlu menanti..
aku perlu menunggu..
aku terus menunggu.............

masalah2 yang dihadapi..

banyak...
sangat banyak..
terlalu banyak..
tak dapat diluahkan..
tak terlintas untuk membuang...
makin lama makin banyak..
makin membuak-buak..
tak dapat untuk ditahan..

nak dilepaskan bimbang..
nak dibuang takut..
nk disimpan nanti akan kecewa..

mana nak diletakkan?
mana nak disimpan?
mana nak dibuang?

ahh aku serba salah..
serba tak kena..

mungkin aku patut simpan..
tapi....
patut ka aku simpan????
ahh..
hidup tak keruan..
menjadi bahana kehidupan..
yang berjalan menuju ke pintu harapan..
membentuk tujuan..
lantas memberikan jalan..
untuk kita teruskan..
satu perjuangan yg akan menjadi kenyataan..
pasti.................................

15 Dis 2009

segalanya mungkin

kadangkala kita idup sendirian..
kadangkala idup di tengah ramai tetapi rasakan sendirian..
kenapa ya..
kadangkala..
hidup terasa sunyi..
mahukan sesuatu..
tetapi tidak tahu apa yg dimahukan..
kadangkala macam memerlukan sesuatu tetapi x tahu apa yg diperlukan..
mengapa kita rasa sunyi?
sedangkan ramai disisi kita..

kadangkala..
apa yg kita nk x mungkin tercapai..
mungkin sbab itu kita rasa sunyi..
tetapi apa yg kita nak?

kadangkala..
kita mencari sesuatu..
tetap apa yg kta cari?
macam mencari sesuatu..
tetap x tahu apa yg dicari..

apa yg aku perlukan..
apa yga aku inginkan..
apa yg aku cari??

untuk mengatasi kesunyian ini..
aku perlukan apa????

24 Nov 2009

kasih tercipta..

setiap orang mempunyai perasaan...
marah,
benci,
sayang,
sakit hati,
suka,
cinta,

tapi,..
kasih adalah perasaan yg unik.
perasaan yg sukar digambarkan..
tidak ada perasaan kasih kepada seseorang tanpa maksud tertentu,..
ada yg kasihkn seseorang kerana hartanya..
ada yg kasihkan seseorang kerana rupanya..
yg penting sekali kasihkan seseorang kerana pekertinya...

perasaan kasih yg datang dengan sendiri kepada kita untuk seseorang adalah kerana kita ditakdirkan..
kasih yg dicipta oleh kita x akan kekal..
tapi kasih yg tercipta akan kekal selamanya...
carilah yg tercipta bukan mencipta kerana kita bukan pencipta..

16 Nov 2009

iman, islam dan ihsan

Sembahlah ALLAH seolah-olah kamu melihat ALLAH, maka sekiranya kamu tidak melihat ALLAH, sesungguhnya ALLAH melihat kamu
(hadis AL-Aiman)

janji..

setiap orang pernah berjanji..
tapi adakah janji itu dikotakan?
tentu tidak...
janji akan meninggalkan kesan yg mendalam kepada setiap orang..
janji juga menjadikan ianya sebuah harapan..

pernahkah kita terfikir..
akibat daripada memungkiri janji..
janji yg tidak dikotakan.
membuat seseorang mengharap..

janji yg dipenuhi..
menjadikan sesorang berasa lega..
mungkin..

fitrah kehidupan manusia ingin hidup dalam keadaan sempurna dan bersistem sesuai dengan keadaan kesempurnaannya..
tapi..
tidak ada satu pun makhluk di muka bumi ini dilahirkan sempurna..
begitu juga dengan janji..
tidak semua janji boleh ditunaikan..
tidak semua janji boleh dilaksanaka..

tapi jangan sekali-kali mungkiri janji..
jangn hancurkan harapan seseorang..
kerana janji adalah sebuah harapan..

berjanjilah kepada diri yg tidak akan memungkiri..

15 Nov 2009

bosan...

aku melihat ke kiri..
aku melihat ke kanan..
tiada apa..
ianya kosong..

kosong..

itulah yg aku dapat gambarkan..
segalanya tiada..
walaupun aku dikelilingi ramai teman..
ramai sangt...
tapi kenapa aku berasakan diri ini dalam kesunyian...
aku sangat sunyi..
sunyi itu sangat membosankan..

aah..
tidak ada perkara yg dapat aku lakukan untuk menghilangkannya..
kenapa aku bosan..
lama aku memikirkannya..

apa yg aku inginkan x dapat..
apa yg aku cari tak jumpa..
apa yg aku nk takkan diperolehi..

mungkin itu yg membuat aku sangat bosan..
sangat sunyi...

aku perlukan ketenangan..

8 Nov 2009

satu perjuangan

hari ini kita jatuh,
hari ini kitatersungkur,
hari ini kita rebah,
hari ini kita rebah,

adakah hari ini akan kekal?
tentu tidak.

hari ini akan pergi meninggalkan kita..
walau macammana teruknya hari ini,
celakanya hari ini,
ia akan berlalu,

jadi,

apa yang kita nk risaukan,
jadikan hari ini sebagai pengajaran,
jadikan hari ini pedoman.
untuk meneruskan perjuangan, kehidupan,

7 Nov 2009

camar

menangis sang camar itu...
merintih hati naluri..
mengenangi nasib diri..
apakah kesudahannya..

belayar di lambung ombak..
menghempas ke sudut pantai..
gelora menyabung nyawa..
apakah berterusan...

bahagia selaut mimpi..
menanti tak kunjung tiba..
kecewa dalam pencarian tak kesampaian..
kecewa dalam pencarian...
masih di takuk lama..

bahagia hadir cuma sebentar sahaja..

melayan hembusan bayu..
semoga pulih semangat..
awan berarak mendung..
bukannya hujan tiba....

bahagia selaut mimpi..
menanti tak kunjung tiba...
kecewa dalam pencarian tak kesampaian..
masih di takuk lama..
bahagia hadir cuma sebentar sahaja..

menangis sang camar itu..
merintih hati naluri..
mengenangi nasib diri..
apakah kesudahannya..

belayar dilambung ombak..
menghempas ke sudut pantai..
gelora menyabung nyawa...

apakah berterusan...........

8 Okt 2009

matahari

objek yang besar....
benda paling besar yang boleh kita nmpak...
sangat terang...
sangat panas....
kemana sahaja kita pergi...
pasti ada cahayanya di atas kita...
cahaya bulan pun datangnya daripada dia...
sentiasa memerhatikan kita...

pernahkah kita terfikir...
ada lagi yang maha besar...
yang maha hebat daripada matahari..

jadi....

kalau kita anggap kita bessar...
kita cantik...
kita kuat...
kita hebat...
kita pandai...
kita tinggi...
kita segak...
kita cerdik...
kita pintar...

maka...
sedarlah...
ada lagi yang lebih dari kita...

jadi..
janganlah kita terlalu membangga diri dengan kebolehan itu...
sebaliknya berterima kasihlah kepada YANG mengurniakan kebolehan itu...
(syukur)

wawwa hu a'lam....

pencarian ketenangan

aku ingin mencari..
aku belum puas mencari kepuasan...
kemenangan yang di inginkan..
bukannya balasan..
aku x perlukan balasan..
aku tak perlukan imbalan..
bagiku kemenagan adalah kepuasan...
tetapi dimana perlu aku cri kemenangan yang akan memberikan aku kepuasan..

aku belum jumpa..
aku belum ketemu..

dimana ya...
dimana yang aku inginkan..

ya..

kemenangan dan kepuasan tidak akan menjaminkan ketenangan..
ketenangan yang perlu aku cari..
dalam ruang yang luas ini..
dalam alam maya dan rrealiti..
dalam keadaan yang kesudahan yang tidak tahu entah bila..
dalam bermacam keadaan dan cuaca..
dimanakah perlu aku mencari ketenangan..
dimana!

tolonglah...
aku perlukan ketenangan..
aku perlukan kepuasan..
aku perlukan kemenangan..

aku akan terus mencari..
pasti...

6 Okt 2009

aku dah bertenang

ingin lupakan kisah yang lama....
mulakan idup yang baru..
lupakan kekecewaan...
lupakan kemarahan..
lupakan keegoan..
lupakan kepasrahan..

lupakan! lupakan! lupakan!



mampukah aku

30 Sep 2009

kehidupan dia dan aku

sesiapa pun yang mempunyai segalanya tidak akan merasa kekurangan...

kihidupan yang ada semua bgnya...
semuanya aku tahu tentangnya...
aku x perlu bertanya kepadanya tentang kehidupannya..
aku tahu sama ada dia jujur atau tidak...
aku dapat merasainya...
mungkin dia tidak akan faham...

kenapa dia perlu faham??

orang yang mempunyai segalanya tiada makna baginya untuk memahami aku...
orang yang merasakan aku hanya cebisan roti dihujung jari dalam warkah hidupnya..
dimakan abis... dibiarkan akan hilang lenyap begitu sahaja..

itulah pandangan dia terhadap aku...
aku rasa!

kehidupan yg penuh dengan keceriaan...
dia mempunyai segalanya...

sedangkan aku...

apa yang aku ada??

sebab itu bgnya sama ada aku wujud atau tidak..
sama bgnya...
kewujudan aku hanya akan menggangu dia...
hanya akan memalukan dia...
itu yang dia cakap.....

jadi mengapa aku perlu hidup???!!!

aku dia dan kehidupan...

berubahkah aku????

ntah...

aku pun x tahu apa yg perlu aku lakukan sekarang... kenapa aku perlu berubah? aku dh jadi aku. kalau aku berubah.. apa yang akan aku jadi...

apa yang berubah??

bgku sekarang sudah tiada perkataan sayang, cinta, kasih, rindu, suka, dan lain2 perkataan yg sama dengannya..

mengapa?

semuanya kerana dia..
aku takut dikecewakan..
aku takut disaikiti dalam diam..
aku takut perasaan marah aku akan keluar,,
aku takut dendam aku kembali..
aku takut tengok orang lain merana..
aku x nk buat keluarga orang berpecah..
aku x nk buat hidup orang musnah..
aku x nk buat perkara kotor yg aku pernah buat 3 tahun lalu....

semuanya kerana kecewa..
sakit ati...
marah..
dendam..
bengang..
dipermainkan...

dan aku x kn merasainya jika aku menghindarkan ia dari akar umbi...
aku xkn merasainya jika aku masih sukakan kaum yg bukan sejenis aku..(aku bukan Homoseks..)
aku xkn menyukai mereka...
sampai suatu masa...
biarlah masa yg menentukannya...

kerana dia aku jadi begini...

kehidupan aku dan dia..

antara aku dan dia...
sudah tiada apa2...
bagai buah kelapa dengan kambing biri2..
langsung tiada kaitan...
setiap teguran ku langsung tidak dibalas...
mengapa??

aku sudah tidak peduli apa yg dah berlaku...
tapi dia??
pedulikah dia??
mana la aku tahu..
yg penting dia tahu yang aku tidak mendendami dia..
aku tidak berguna kepadanya..

wujudku atau tidak...
tiada makna baginya...
perasaaankah dia..
apa yg dia lakukan..
apa yang dia buat terhadapku?

mungkin tidak...
tiada sesiapa yg tahu...
aku...

dah lama aku memikirkan perkara ini...
dah sampai ke peringkat tertinggi ..

aku gelisah..
aku jadi x tentu arah..
aku aku serba salah..
aku tidak tahu apa perasaanku..
mungkin hampir gila..
apabila memikirkan dia..

tapi siapa aku bagi dia???
siapa??

x ada sesiapa pun...

tapi dia siapa bg aku...
ah...
tiada apa yang dapat mentafsirkannya....

tapi kenapa aku diperlakukan sebegini??
salahkah aku???
mungkin di luar dia ckp lain...
tapi dalam dia cakap lain...

walaupun x bermakna bgnya,...

tapi amat bermakna bgku...

inilah kehidupan aku...
bukan dia!!!!!!!!

28 Sep 2009

pagi yang indah

bangun pagi banyak hikmahnya. rezeki murah. senang mendapat pekerjaan..doa dimakbulkan. tiada pagi maka tiadalah petang.. bangun pagi tidak bangun petang..

persoalan..

macammana dengan manusia yang overnight?

jawapannya...

hidup

seseorang akan hidup sampai bila??
makanya ia akan mati satu hari nanti. jadi apa yang perlu dilakukan.. perkara yang mensahihkan manusia akan mati ialah tidak ada manusia biasa yang hidup selamanya.. walaupun nabi ISA a.s da nabi ALLAh Khidir masih wujud sehingga sekarang namun mereka akan Wafat apabila tiba masanya...

maka dengan ini terbuktilah tiada manusia yang akan hidup selamanya..
harta akan ditinggalkan..
anak dan isteri akan ditinggalkan..
kebahagiaan didunia akan ditinggalkan...
kesedihan akan pergi...
tiada lagi pangkat besar di dunia...
tiada apa pun yang akan dibawa bersama kedalam kubur...

yang ada cuma bekalan yang diberi dan amalan kita di dunia sahaja...

oleh itu...
tiada apa yang nak di banggakan semasa di dunia..
tidak ada apa yang nk di sedihkan..
tiada apa yang nk di marahkan..
ingatlah...
semua tu adalah takdir...

kompilasi sebuah kehidupan

apa maknanya kehidupan?
burung beterbangan di angkasa .
ikan meliuk dalam air..
kucing berlari di padang..
unggas berkicau di dahan..
monyet melompat keriangan..
pokok bergoyang di tiup angin..
rumah mewah tersergam indah..
orang kaya bermegah-megah..
peminta sedekah melutut di tengah jalan..
petani membajak sawah...
cikgu sedang mengajar...
penjual melelong barangannya..
budak mennangis meminta susu..
kambing sedang tidur..
ayam sedang bertelur.....
banjir besar di sempadan..
peperangan di gaza..
pengeboman di bali...
pertelingkahan di parlimen...

itu yang dianggap kehidupan?

permulaan sebuah kisah..

hari ini akan bermulanya sebuah sejarah..
hari ini akan berlaku sesuatu...
hari ini akan tertulis di dalam buku sejarah...
hari ini ada manusia dilahirkan..
hari ini ada manusia yang meninggal..
hari ini ada orang tidur..
hari ini ada orang jaga..
hari ini ada orang makan..
hari ini ada orang minum...
hari ini orang membeli belah..
hari ini orang meminta sedekah...
hari ini kambing disembelih...
hari ini orang dapat gaji..
hari ini orang berenti kerja..
hari ini akan ada esok hari...
hari ini akan ditinggalkan...

hari inilah aku mula menulis blog ni...