Label

30 Sep 2009

kehidupan dia dan aku

sesiapa pun yang mempunyai segalanya tidak akan merasa kekurangan...

kihidupan yang ada semua bgnya...
semuanya aku tahu tentangnya...
aku x perlu bertanya kepadanya tentang kehidupannya..
aku tahu sama ada dia jujur atau tidak...
aku dapat merasainya...
mungkin dia tidak akan faham...

kenapa dia perlu faham??

orang yang mempunyai segalanya tiada makna baginya untuk memahami aku...
orang yang merasakan aku hanya cebisan roti dihujung jari dalam warkah hidupnya..
dimakan abis... dibiarkan akan hilang lenyap begitu sahaja..

itulah pandangan dia terhadap aku...
aku rasa!

kehidupan yg penuh dengan keceriaan...
dia mempunyai segalanya...

sedangkan aku...

apa yang aku ada??

sebab itu bgnya sama ada aku wujud atau tidak..
sama bgnya...
kewujudan aku hanya akan menggangu dia...
hanya akan memalukan dia...
itu yang dia cakap.....

jadi mengapa aku perlu hidup???!!!

aku dia dan kehidupan...

berubahkah aku????

ntah...

aku pun x tahu apa yg perlu aku lakukan sekarang... kenapa aku perlu berubah? aku dh jadi aku. kalau aku berubah.. apa yang akan aku jadi...

apa yang berubah??

bgku sekarang sudah tiada perkataan sayang, cinta, kasih, rindu, suka, dan lain2 perkataan yg sama dengannya..

mengapa?

semuanya kerana dia..
aku takut dikecewakan..
aku takut disaikiti dalam diam..
aku takut perasaan marah aku akan keluar,,
aku takut dendam aku kembali..
aku takut tengok orang lain merana..
aku x nk buat keluarga orang berpecah..
aku x nk buat hidup orang musnah..
aku x nk buat perkara kotor yg aku pernah buat 3 tahun lalu....

semuanya kerana kecewa..
sakit ati...
marah..
dendam..
bengang..
dipermainkan...

dan aku x kn merasainya jika aku menghindarkan ia dari akar umbi...
aku xkn merasainya jika aku masih sukakan kaum yg bukan sejenis aku..(aku bukan Homoseks..)
aku xkn menyukai mereka...
sampai suatu masa...
biarlah masa yg menentukannya...

kerana dia aku jadi begini...

kehidupan aku dan dia..

antara aku dan dia...
sudah tiada apa2...
bagai buah kelapa dengan kambing biri2..
langsung tiada kaitan...
setiap teguran ku langsung tidak dibalas...
mengapa??

aku sudah tidak peduli apa yg dah berlaku...
tapi dia??
pedulikah dia??
mana la aku tahu..
yg penting dia tahu yang aku tidak mendendami dia..
aku tidak berguna kepadanya..

wujudku atau tidak...
tiada makna baginya...
perasaaankah dia..
apa yg dia lakukan..
apa yang dia buat terhadapku?

mungkin tidak...
tiada sesiapa yg tahu...
aku...

dah lama aku memikirkan perkara ini...
dah sampai ke peringkat tertinggi ..

aku gelisah..
aku jadi x tentu arah..
aku aku serba salah..
aku tidak tahu apa perasaanku..
mungkin hampir gila..
apabila memikirkan dia..

tapi siapa aku bagi dia???
siapa??

x ada sesiapa pun...

tapi dia siapa bg aku...
ah...
tiada apa yang dapat mentafsirkannya....

tapi kenapa aku diperlakukan sebegini??
salahkah aku???
mungkin di luar dia ckp lain...
tapi dalam dia cakap lain...

walaupun x bermakna bgnya,...

tapi amat bermakna bgku...

inilah kehidupan aku...
bukan dia!!!!!!!!

28 Sep 2009

pagi yang indah

bangun pagi banyak hikmahnya. rezeki murah. senang mendapat pekerjaan..doa dimakbulkan. tiada pagi maka tiadalah petang.. bangun pagi tidak bangun petang..

persoalan..

macammana dengan manusia yang overnight?

jawapannya...

hidup

seseorang akan hidup sampai bila??
makanya ia akan mati satu hari nanti. jadi apa yang perlu dilakukan.. perkara yang mensahihkan manusia akan mati ialah tidak ada manusia biasa yang hidup selamanya.. walaupun nabi ISA a.s da nabi ALLAh Khidir masih wujud sehingga sekarang namun mereka akan Wafat apabila tiba masanya...

maka dengan ini terbuktilah tiada manusia yang akan hidup selamanya..
harta akan ditinggalkan..
anak dan isteri akan ditinggalkan..
kebahagiaan didunia akan ditinggalkan...
kesedihan akan pergi...
tiada lagi pangkat besar di dunia...
tiada apa pun yang akan dibawa bersama kedalam kubur...

yang ada cuma bekalan yang diberi dan amalan kita di dunia sahaja...

oleh itu...
tiada apa yang nak di banggakan semasa di dunia..
tidak ada apa yang nk di sedihkan..
tiada apa yang nk di marahkan..
ingatlah...
semua tu adalah takdir...

kompilasi sebuah kehidupan

apa maknanya kehidupan?
burung beterbangan di angkasa .
ikan meliuk dalam air..
kucing berlari di padang..
unggas berkicau di dahan..
monyet melompat keriangan..
pokok bergoyang di tiup angin..
rumah mewah tersergam indah..
orang kaya bermegah-megah..
peminta sedekah melutut di tengah jalan..
petani membajak sawah...
cikgu sedang mengajar...
penjual melelong barangannya..
budak mennangis meminta susu..
kambing sedang tidur..
ayam sedang bertelur.....
banjir besar di sempadan..
peperangan di gaza..
pengeboman di bali...
pertelingkahan di parlimen...

itu yang dianggap kehidupan?

permulaan sebuah kisah..

hari ini akan bermulanya sebuah sejarah..
hari ini akan berlaku sesuatu...
hari ini akan tertulis di dalam buku sejarah...
hari ini ada manusia dilahirkan..
hari ini ada manusia yang meninggal..
hari ini ada orang tidur..
hari ini ada orang jaga..
hari ini ada orang makan..
hari ini ada orang minum...
hari ini orang membeli belah..
hari ini orang meminta sedekah...
hari ini kambing disembelih...
hari ini orang dapat gaji..
hari ini orang berenti kerja..
hari ini akan ada esok hari...
hari ini akan ditinggalkan...

hari inilah aku mula menulis blog ni...