Label

25 Dis 2010

dia kembali..

hampir aku rasakan dia tiada..
hilang entah kemana..
lama aku mencari...
lama aku tunggu..

semalam,
dia datang kepadaku..
tidak bersua muka,
tidak bertemu mata,
cuma suaranya yang dapat kudengari..
itu sudah cukup..
sudah cukup untuk aku..

sudah terubat rinduku..
sudah dapat memberikanku harapan..

namun..
kembalinya bukan bermakna dia punyaku,
tidak juga bermaksud dia kepunyaanku,
jauh sekali sebagai hakku,
namun, aku tahu dia sudah kembali..
walau bukan keranaku...
tapi dia tetap yang ku tunggu..
harapan sudah ada...
aku cuma perlu mengharap..

begitu caranya

aku pernah cakap yang aku akan tunggu...
walaupun sememangnya aku sedang tunggu..
aku akan terus tunggu...
sehingga aku diterima..
sehingga dibukakan pintu hatinya untukku...

14 Dis 2010

..matlamat hidup..

sekian lama melayari sebuah gedung keilmuan..
meskipun bersama.. perit jerih yang dilalui..
bersama suka duka..
bersama senyum tangis teman-teman..
membuat daku merindu akan datang..
setelah keadaan ini berlalu..

tak ku duga...

anak petani terpencil,
masih ada ruang untuk aku bergelar graduan,
harapan ibu,
masa-masa akan datang,
agar aku berjiwa ilmu yang tawadduk terhadap tuhannya,

beriman,beramal juga takwa,
seiring dengan keilmuan,

jangan sekali-kali,
masa-masa akan datang,
dicemari dan dinodai dengan kesombongan yang membusung,
dan keegoan yang melampau,
serta lain-lain yang mencalar rohani,
baktikan keilmuanmu dengan jasa,
terhadap bangsa dan agamamu,

berjuanglah kearah iman yang suci murni......

p/s: isinya diedit untuk keadaan dan suasana yang berlainan...

janji tinggal harapan..

setelah lama aku pergi,
dengan langkah yang tidak sempurna,

pergi dengan janji-janji,
bersama seribu harapan,
supaya aku kembali,
dapat aku tunaikn,

janji ini bersaksi,
yang disaksikan oleh mereka,

saban hari aku berdoa,
supayaianya tercapai,
untuk kebahagiaan aku,
bersama ketenangan dalam hidupku.

kini aku kembali,
mahu menunaikan janji aku,
untuk membawa kesenangan,
tapi kini janji hanya tinggal janji,
x dapat aku tunaikan,
kerana janji tak disepakati,
hanya aku yg mahu menunaikannya,
tapi sebaliknya kau tidak dapat menerima,
kau berpaling pada janjiku,

namun....
aku tahu disana masih ada harapan,
untuk buatkan janjiku tertunai,
walaupun waktunya agak lama,
agak panjang..
aku mahu tunggu,,
aku akan tunggu,
sampai waktu itu,
walaupun harapannya tipis,
tetap aku tunggu,

aku mahu tunaikannya!!!!!!!

10 Dis 2010

langkah kedepan..

dalam satu perjuangan..
untuk menang perlu mara..
kerana itulah matlamat perjuangan..
siapa yang menghalang pasti akan ditentang..

yang menang akan bersorak..

yang kalah....
ada yang ingin menyerang kembali..
ada yang putus asa..

yang menang tidak selamanya menang..
jika berundur..
pasti dikira kalah..
itu hakikat perjuangan......

23 Nov 2010

puisi untuk dia

aku tahu dunia ini luas,
banyak tempat yang perlu dijelajah,
tidak akan habis walau setahun,
seumur hidup sekalipun,
namun,
aku mahu letakkan dia disitu,
disatu tempat yang aku tahu tiada sesiapapun akan dapat memasukinya,
hanya aku yang tahu,
dan tiada seorangpun dapat mengesannya,
tempat itu sudah aku siapkan,
hanya untuk dia,
untuk diisi dengan keimanan,
dipuhi dengan kemuliaan,
dan dihiasi dengan ketaqwaan,
kerana aku mahu dia menjadi wanita yang mulia,
mulia disisi tuhannya,
kerana aku mahu dia tahu,
kehidupan tidak semudah dengan kata-kata,
dengan janji-janji,
yang belum tentu kita dapat menepatinya,
sebab itu aku mahu menempatkannya disitu..

di hatiku...

ini ceritanya..

dia menghilang tanpa berita..
tanpa sebarang kesan..
tiada tanda apapun.
kini dia kembali..
kembali..
entah kenapa..
namun kembalinya masih seperti dulu..
tidak juga menerima aku..

jika dia punya hati..
tuhan..
bukakannya untuk aku..
walau sekejap..

23 Ogo 2010

menunggu ketentuan...

semakin hari hidup kita semakin tua..
jauh meninggalkan perkara sekarang,
yang dlu tidak akan dikenang,
yang datang pasti akan pergi,
hidup dengan kepura-puraan,

mencari sesuatu yang tidak pasti,
akhirnya kita yang akan rugi,
kita lupa asal usul kita,
manusia akan pergi tanpa hiraukan ia,

sampai satu ketika,
kita akan bertemu semula,
di bangunkan segalanya,
diceritakan semuanya,
ditunjukkan kembali,

waktu itu,
kita akan sedar,
siapakah kita,
apakah yang kita lakukan,
dimanakah kita,

tapi...
segalanya sudah terlambat,
lambat untuk kita kembali,
membetulkan segalanya,
kita hanya mampu diam,
menyesali semuanya,

ya.
ini semuanya kerana kita sudah lupa,
lupa akan tujuan hidup kita,
kita silap menilai,
yang buruk disangka baik,
begitulah sebaliknya,
kita sudah salah,
manusia sekarang sudah salah,
salah mentafsir sesuatu yang benar,

akhirnya semuanya akan menjadi bencana,
yang akhirnya memakan diri sendiri,
insaflah....
balik ke pada yang hak..

18 Ogo 2010

batu jugak yang dikenang

aku dah jumpa permata,
aku dah ada emas...
kenapa aku masih ingatkan batu?
batu yang hanya keras,
tidak bernilai,
apa yang ada pada batu itu?
aaahh...
sungguh pening aku memikirkannya,
semakin ingin ak lupakan, semakin aku rasa aku dekat dengan dia?
mungkinkah batu ini bergerak?
adakah ianya sentiasa mengikutku?
kenapa aku rasa aku perlukannya?
owh,,,,
sangat susah untuk aku membuang nya dari fikiranku,
apakah kerana aku pernah hampir untuk memilikinya?
susahnya hidup ini,
batu yang ku buang kini datang dalam fikiranku,
selalu singgah dalam mimpiku,
selalu ada dalam ingatanku,
kenapa tidak permata ataupun emas?
kemana hendak aku buang batu ini?
aku tahu ia pasti kembali..
datang yang tak dijemput..
hilang tiba-tiba....
aku keliru...
sungguh...................

14 Ogo 2010

Aku Mengaku Bahawa Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah

Kalau ada kepercayaanmu demikian, maka Allah tidaklah akan mensia-siakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, dan ingatlah Dia pada waktu kita senang supaya Dia ingat kepada kita pada waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidupmu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap.

Sahabatku......
Jangan takut menghadapi CINTA. Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah menjadikan bunga dan memberinya kewangian. Allah menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya CINTA.

Jika hati mu diberi-Nya nikmat cinta sebagaimana hati ku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut tuhan kembali.

Cinta adalah iradat tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan KEMULIAAN, KEIKHLASAN dan TAAT KEPADA ILAHI.

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan untuk menempuh onak dan duri kehidupan.

Cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua insan bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikiran adalah kekayaan hakiki. Lebih dari timbunan emas, lebih dari segenggam berlian malah lebih dari segala-galanya. Itulah kebahagiaan yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Ketahuilah sahabatku...
Nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. Tetapi nafsu tidak pernah merasa puas atau tidak ingat akan nikmat yang ada di sekelilingnya. Yang sentiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain dan di tangan orang lain. Kelak kalau ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia akan menyesal dan dia teringat pulang, iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi...

Sahabat..
Alam itu kadang-kadang bisu dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semua itu bergantung kepada warna teropong hati yang melihatnya. Boleh pada suatu waktu kita akan datang kepada suatu tempat dengan hati yang hiba, maka muramlah cahaya matahari dan... lain kali kalau kita datang ke tempat itu juga dengan hati gembira, dia akan turut gembira. Kalau bukan demikian, tentu samalah bentuk lukisan dan gambaran yang dilukis oleh ahli-ahli lukisan yang mahir. Demikianlah juga bunyi dan maksud syair yang dicipta para pujangga. Boleh memuji dan menyanjung nikmat keindahan alam dan boleh pula menyesali dan memperlihatkan buruknya.

Wahai sahabatku..
Jangan sampai terlintas dalam hati mu bahawa di dunia ini ada satu kebahagiaan yang melebihi nikmat cinta. Jika diri mu percaya ada kebahagiaan selain cinta maka akan binasalah hidup mu. Kau akan meletakkan vonis kematian ke atas diri mu sendiri.

Ingatlah sahabatku..
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Demikianlah ilham yang dibawa oleh cinta yang suci. Cinta yang suci adalah laksana setitis embun yang turun dari langit ke atas bumi Allah ini. Jika sekiranya bumi yang menerimanya itu subur, maka tumbuhlah di atasnya beraneka warna bunga-bungaan yang harum semerbak. Menanamkan damai, aman, sentosa, insaf, rasa percaya kepada diri sendiri. Dalam hal yang begini embun cinta yang setitis itu akan membawa manusia ke mayapada yang mulia. Tetapi jika cinta jatuh ke bumi yang tidak subur, yang tandus dan penuh batu-bata, tidak ada yang akan tumbuh di sana, lain dari sirih memanjat batu, kuning daunnya lemah gagangnya. Orang itu menjadi putus asa, cemburu sesama manusia, hilang kepercayaan kepada nikmat yang tersimpan dalam hidup. Atau menjadi seorang yang penbenci, kurang percaya pada diri sendiri, kadang-kadang pendendam dan mudah berkecil hati.

antara emas dan permata

memang itulah takdir manusia,
jika ada yang pergi pasti ada yang datang,
tapi..
ianya terjadi dalam hidupku,
satu pergi,
dua yang datang,
tapi aku harus pilih antara dua itu,
yang satu bagaikan permata,
jika hilang aku akan rugi,
jika pergi,
aku akan terasa kehilangannya,
jika tiada,
aku pasti menyesal.

yang lagi satu,
bagaikan emas yang berkilau,
memberi sinaran yang tiada tolok bandingnya,
memberi aku semangat
untuk teruskan idup,
memberi ruang untuk aku terus berjuang,
mencari apa yang kurang,

tetapi itulah hakikat kehidupan,
kita terpaksa melepaskan sesuatu,
untuk mendapatkan sesuatu,

kita mesti menerima kehilangan,
walau seberat mana yang kita terima,
kita terpaksa melupakannya,

aku.....
mana yang perlu aku pilih?
emas atau permata?
kedua-duanya amat penting bagiku,
sama-sama bernilai,
sangat berharga,

oh tuhan...
berilah petunjukmu...
aku keliru.......

3 Ogo 2010

cerita yang berganti...

suatu ketika dulu....
ianya yang ku inginkan..
yang aku mahukan..
tentulah yang aku idamkan..
namun selepas itu dia pergi tanpa kesan..
tanpa ada perasaan.
semakin hari aku semakin rindu..
rindu yang teramat sangat.
hinggakan aku lupa akan keduniaan..
selepas beberapa lamanya aku ditinggakan.
digantung tidak bertali..

namun muncul pula yang lain...
yang membuatkan aku menjadi terkesima.
dengan segalanya...

aku tidak dapat berfikir dengan waras..
adakah dia untukku?
diakah penggantinya?
aku jadi buta..
fikiran ku mati..
akalku terhenti untuk seketika..
tapi jika dia adalah pengganti..
aku tidak berharap..
kerana aku takut..
sangat takut..
perkara yang lama akan berulang..
aku tahu aku perlu berhati-hati..
apapun jalan yang aku pilih..
aku akan pastikan ianya akn memberikan aku ruang..
untuk membuka minda, mata dan hati..
untuk aku terus berjalan ke hadapan..
dan terus meninggalkan kisah-kisah silam aku...
ya...
aku akan biarkan ianya hanyut ditelan peredaran masa..
dia akan berlalu..
yang datang aku pastikan ianya sempurna..
sesempurna hidup aku...
aku akan jaganya..
seperti aku menjaga diriku..
aku tahu...
jika aku kehilangan peluang kedua,
yang ketiga pasti muncul...
kerana aku tahu..
telah ada dicipta untuk aku...
satu....
pastinya...
aku akan mencari yang satu itu..
kerana aku tahu disitulah hidupku..
aku tidak perlu bosan, kecewa dan marah,..
kerana ianya pasti akan aku temui..
walaupun ini yang kedua..
aku tidak takut untuk hadapi yang ketiga...
tapi aku akan lebih berhati-hati...

ya...
yang lama pasti berganti..
kisah sedih akan ditinggalkan..
dan,
yang paling teruk lagi ialah...
kejayaan pasti dilupakan......

28 Jul 2010

secebis kata untuk dia

kau buat aku tersenyum..
kau membuat aku sedih..
segalanya mengingatkn kau..
kau lah segalanya..
tiada tolok bandingnya..

tapi kemana kau menghilang?
mana kau pergi..
aku masih merinduinya...

31 Mei 2010

darjah satu di sekolah menengah

bagun pagi pada hari itu, aku rasakan tiada apa dalam kepalaku, serabut, lalu aku pergi mndi dan buat apa yang patut. meihat sahaja keluar aku nmpak yang aku selalu nampak, aku terfikir, aku hidup dalam keadaan, situasi, persekitaran yang luas.
banyak yang aku tidak tahu, tidak faham, tidak mengerti.
dimanakah aku? lagsung ak tidak faham, tidak tahu, mengapa?
bodohnya aku,.........

musim membawa kita

dalam kehidpan,
sedarkah kita,
semuanya seketika,
yang berlaku pasti berlalu,
yang menunggu, pasti datang,

ketika kecil,
kita dengan kehidupan kita,
dengan kawan-kawan kita,
tapi,
bertahankah selamanya?

sampai satu ketika,
kita membesar,
dengan mereka yang lain,
orang yang berbeza,
kawan-kawan yang berbeza,
terus sampai bila?

ketika remaja,
kita dengan kehidupan kita,
naluri yang berbeza,
pemikiran yang berbeza,
persekitaran yang berbeza,

hinggalah kita dewasa,
yang lama akan berubah,
tanggungjawab yang berlainan,
perasaan yang berlainan,
pasti dengan suasana yang berbeza,

apabila tua,
kita adalah manusia,
dengan anggapan yang tidak sama,
matlamat akan berubah,
harapan akan berganda,
semestinya orag lain akan bersama kita,

ketika bahagia,
ketika gembira,
ketika sedih,
ketika marah,
ketika senang,
ketika susah,
ketika kaya,
ketika miskin,
ketika baik,
ketika buruk,

semua tu hanya sementara,
tidak akan kekal lama,
pasti berubah,
walau apapun ketikanya,
ianya hanya sementara.
fikirkan ketika sebelumnya,
hayatilah ketika sekarang,
teka apa yang akan terjadi,
tidak ada satu pun akan kekal,
semuanya hanya bermusim,

fikirkan kenapa?
kerana ianya ditakdirkan,
semuanya ditakdirkan untuk berudah,
kerana itulah hukum alam,
semuanya berusim,
tentukan siapa kamu,
dan ianya pasti berubah,
dalam keadaan yang kau sendiri tidak faham.

satu hari nanti,
kita pasti sampai,
ke destinasi terakhir yang dibawa musim-musim ini......

percayalah............

aku mahu waktu itu

ketika itu,
aku rasa bahagia,
aku rasa merdeka,
aku sentiasa senang hati,

waktu itu,
aku bersama mereka,
bersama semuanya,
segalanya ku rasakan sempurna,

aku bercakap dengan mereka,
penuh rasa kasih dan sayang,
aku bersama mereka,
pada setiap ketika,
aku bermain bersama mereka,
dengan penuh gembira,

waktu itu,
semuanya aku ada,
segalanya aku hadapi,
tidak merasa susah walau dalam kesusahan,
sentiasa selesa dalam kedaifan,

ketika itu,
aku baru belajar mengenal dunia,
permulaan sebuah cerita,
sentiasa ceria,
kerana mereka bersamaku
sentiasa ada untukku,
selalu mengajarku,
walaupun aku tahu
mereka juga sepertiku,

kemana seua itu pergi,
mana ianya menghilang,
aku rindukannya,

waktu itu,
ketika itu,
aku mahu,
aku mahu waktu itu lagi...
biarpun sekejap,

30 Mei 2010

ceritera seorang hamba

kesilapan,
perlu ada dalam setiap perkara,
setiap masa,
setiap ketika,

kagagalan,
sentiasa berlaku,
sentiasa terjadi,
pada sesiapa sahaja,
tidak kira kecil atau besar,
lama atau sekejap,

kesalahan,
perlu dijauhi,
perlu dielakkan,
pasti membawa petaka,
pasti manjadi derita,

semua yang berlaku telah berlaku,
sebagai eorang hamba,
tadak akan lari dari melakukan semua itu,
pasti tidak dapat mengelakkan,
tiada sesiapa pun dapat mlarikan diri,
itu pasti,

hakikatnya,
tiada manusia sempurna,
tidak ada manusia dapat lari dari semua itu,
setiap kejayaan pasti ada kegagalan,
setiap kegagalan pasti membawa kejayaan,

realitinya,
ramai yang tidak dapat menghadapi semua itu,
tidak dapat menerima semua itu,
bermulalah perkara-perkara yang tidak munasabah,
tidak semua tahu tahap kebolehan diri,

jadi,
kenapa hanya perlu belajar dari kegagalan,
dari keslapan,
dari kesalahan,
kenapa tidak belajar dari kejayaan,
untuk mengatasi kegagalan,kesalahan dan kesilapab,

sebagai hamba,
tidak sekali-kali akan lepas dari melakukan semua itu,
maksudnya,
kesalahan, kesilapan, kegagalan adalah satu keperluan,
oleh itu, mengapa manusia marahkan kegagalan, kesilapan dan kesalahan,

'maafkanlah setiap kegagalan, kesilapan dan kesalahan seorang hamba jika anda juga adalah hamba"

bahana dunia

jangan mudah percayakan seseorang,
walaupun mereka rapat dengan kita,
walaupun mereka kawan paling baik bagi kita,

baik la sangt....
satu ari nanti kau pasti akan jatuh,
kerana orang yang kau percaya,

jgan mudah terpedaya dengan mainan dunia,
hanya yang memetingkan dir sahaja akan naik ke atas,

kaiu pasti tidak sangka,
semua ini berlaku kerana orang yang kau percaya,

semuanya dah terjadi pada ku,

bangsat,
kau tahu apa maksud bangsat?
bangsa keparat,

inilah realitinya,
baik hanya dimuka,
hanya didepan.

dibelakang siapa tahu..

aku telah tersalah pilih,
salah jalan,
aku terpedaya dengan tipu helah dunia.
dunia hnya sebuah permainan realiti,
yang hanya dibuat-buat,
tidak ada nilai kejujuran,

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
apa yang aku tulis ni?
aku tensennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

sial....

knapa ley jadi cmni?
lain yang aku harapkan,
lain pulak yang jadi,

niat lain yang aku mahukan,
lain pulak yang jadinya.

celaka,
sial,
mangkuk hayun,
bodo,
anjing,
babi,
ayam,


mungkin ini yang dikatakan

'kawan makan kawan'

23 Mei 2010

buat-buat bukan buat

datang dan pergi,
sentiasa ada alasan,
sentiasa mahu berdalih,

bila pergi?
senyap,
sunyi,

tak ada apa pun,
biasa saja,

bila datang,
pasti ada masalah,
kena yakin,

bukan pembawa sial,
tapi apa pun tak tahu,

sekali hilang sekali datang,
bosan la, macam ni,

jangan berlakon,
jangan menipu,
jangan bohong,
jangan cakap saja,

semua orang tahu,
itu lakonan,
itu hanya persembahan,
tidak ada kebenaran,
bukan realiti,
bukan kenyataan,

jangan jadi macam itu,
jadilah yang seperti sebenar,
seperti dijadikan,


P/s: x paham sudah

selesa......kecewa..

tiap detik,
tiap saat,
tiap masa,
tiap waktu,
tiap hari,

aku merasakannya,

dia akan datang,
dari segenap ruang,
lalu masuk dalam minda ku,
terus kedalam fikiran,
masuk dalam sedalam-dalamnya,
sampaikan ada yang melekat disitu,
tidak pergi-pergi,

datang pula yang lain,
terus masuk,
tanpa ada sedikitpun rasa bersalah,

makin lama,
makin banyak,
semakin hari semakin bertambah,
berat sangat nk dipikul,
dibuang?
kemana?

ahhh...
mana aku nak lepaskan?
mana aku nak luahkan?
mana aku nak buangkan?

aku dah tak tahan lagi....
aku nak buang jauh-jauh,
supaya tidak ada orang tahu,
apakah itu..

diamlah kau disitu,
jangan bergerak langsung,
jangan datang lagi,

aku tak perlukan kau,
kau tahu?

bodoh........

batu dilautan

jika kau kata ianya benar,
aku percaya,

jika kau kata ianya salah,
aku setuju,

jika kau kata ianya buruk,
aku paham,

jika kau kata ianya hitam,
aku angguk,

ya....
apa saja yang dikata,
disebut,
dicakap.
disembang,

aku pasti mengiyakan...
kerana aku tidak tahu,

wujudkah ia,
ada kah dia,

aku tidak tahu...

kau bercakap perkara yang aku tidak tahu,
kau berkata mengenai yang aku tidak nampak,

benar atau salah,
aku tidak tahu,

aku bosan dengan semua ini,
bosan dengan cerita-cerita karut itu,
jika ada,
mana buktinya?
jika wujud?
dimana ia?


kau memamg pandai.........

17 Mei 2010

kenyataan itu realiti

aku sedang berjalan,
tanpa arah tujuan,
sampai di satu sudut dunia,
aku berhenti,
dimanakah aku?
kemana harus aku pergi?
berbagai soalan bermain di fikiran,
bagi mencari jawapannya,
aku teruskan perjalanan,
aku tak pasti apakah jawapannya,
kenapa aku berjalan?
kenapa aku berhenti?
apa jawapannya?

tapi dalam perjalanan tersebut,
aku nampak bermacam-macam benda,
bermacam-macam perkara,

aku terus berjalan,
tapi aku akan berhenti,
bila aku lapar dan dahaga,
setelah semuanya selesai,
aku akan teruskan lagi,

sampai satu ketika,
aku akan berhenti,
kerana tidak mampu berjalan lagi,
sampai situ sahaja perjalanan aku,

kenapa?
aku lupa, permulaan perjalanan,
dimana aku memulakan perjalanan aku?
siapa yang menyruh aku melakukan perjalanan itu?
kenapa aku berjalan?
untuk apa aku berjalan?
apa yang aku dapat?

pertengahan perjalanan.
apa yang aku buat semasa perjalanan itu?
siapa yang aku jumpa?
macammana aku berjalan?
dengan siapa aku berjalan?

akhir perjalanan.
dimanakah aku?
adakah aku buat perkara yang sepatutnya?
kenapa aku disini?
apa yang membawa aku kesini?

ya...
aku patut tahu semua itu,
kerana itu akan membawa aku ke tempat yang selamat,
dalam perjalananku sebelum ini,
aku tidak mampu berpatah balik,
kerana selepas perjalanan itu,
aku tidak mungkin berjalan lagi,
untuk selamanya....

oh indahnya ciptaan tuhan

cantik...
nmpak semuanya cantik..
bagaikan sempurna,
tidak ada kecacatan,
tapi sayangnya,
bukan milik aku,
seorang yang dilahirkan tidak sempurna,
untuk digandingkan dengannya,

oh tuhan..
indahnya ciptaan-MU,
aku terleka dibuatnya,
tapi apakan daya,
ianya bukan aku yang punya,

aku sedang mencari kepunyaanku,
dimanakah dia,
tentu ada,
kerana dia ditakdirkan untuk aku,
itu yang aku mahu,
seperti dia,
sangt indah dipandang,
mampu mancairkan hatiku,
terlalu sempurna,

adakah untukku juga seperti itu,
itu aku tidak tahu,
tapi aku akan menerima seadanya,
aku akan jaganya,
seperti aku menjaga diriku sendri,

selagi aku yakin,
ada untukku didunia ini,
selagi itu maruahku akan terjaga,
itu aku tahu,

oh tuhan...
aku tidak lupan keindahan itu,
keindahan ciptaan-mu,
selalu mengingatkan aku padanya,
membuat aku tidak ketentuan,
menjadikan aku serba salah,
membuat hatiku dirundung resah,

tapi apakan daya,
itu bukan milikku,
bukan hak aku,
aku tak berhak keatasnya,
jika aku ditakdirkan dengannya,
aku dapat rasakan hidup aku terlalu sempurna,
indahnya ciptaan-MU,

oh indahnya,
tak dapat aku gambarkan,
sekali ku melihat,
aku bagaikan tidak tahu dimana aku,
bagaikan dia awangan,
yang menjadikan dunia ini bagaikan mimpi,
hatiku berdebar,
jantungku berdegup kencang,
aku gelisah,
serba tak kena,
aku sendiri kurang pasti,
apakah ini,
yang aku pasti,
keindahan itu bukan milikku,
milik orang lain,
aku bukan ditakdirkan dengannya,
hanya mampu melihat,

aku yakin pasti banyak lagi yg sepertimu di luar sana,
yang lebih indah,
lebih cantik dari itu,
mungkin satunya ditakdirkan untuk aku,
aku akan mencari,
yang lebih indah,
sebab aku tahu tuhan pasti mencipta yang lebih indah dari yang terindah,
aku akan mencari,
dan akuu akan tunggu,
kerana aku yakin,
ada yang terindah di dunia ini untuk ku,
itu yang aku mahu,
tapi walau tak seindah man sekalipun,
tetapi ditakdirkan untuk aku,
aku akan terima,
kerana itu milikku.
itu aku punya,
itu hak aku,

itulah jodoh aku.............

16 Mei 2010

antara cinta dan jodoh

cinta..
perasaan manusia,
lahir dari hati manusia,
perasaan manusia,
mainan dunia,
menyerap perasaan kasih dan syang,
bila kita merasainya,
terasa nikmat dunia,
bagaikan dunia ini milik kita,
kita empunya dunia,
kita akan merasa bahagia,
tapi adakah ianya kekal selamanya?
tapi manusia menjadi leka dengannya,
manusia tidak paham maksud nya.
cinta hanya perasaan,
perasaan manusia,

jodoh...
ditakdirkan,
ditentukan,
bukan dari manusia,
tidak ada manusia mencipta jodoh,

jadi mana kau pilih?
cinta atau jodoh?
perasaan tidak sesekali akan dapat melawan takdir,
baik kau fikir,
sebaiknya,
percayalah pada jodoh,
kerana ianya ditetntukan,
jangan terpedaya dengan mainan perasaan..

fikirlah sebaik-baiknya..
kau akan faham......

14 Mei 2010

mengejar pelangi

da lama..
dari hari ke minngu,
minggu ke bulan,
bulan ke tahun,
tapi langsung x dapat apa-apa,

bnyak yang aku buat,
yang aku habiskan,
semuanya.....

mana?
mana dia pergi?
mana dia sekarang?
aku langsung tak tahu,
aku rasakan semuanya sia-sia,
langsung tak berguna,

semuanya tak menunjukkan apa-apa,
langsung tak ada kesan,

tapi....
masih bagi aku harapan,
aku akan terus lakukan,
aku akan terus mencari,

aku tahu...
dia pasti muncul..
tidak pada waktu malam..
kerana malam itu memberi kita mimpi,
yang aku tahu ia bukannya realiti,

tapi..
waktu siang,
aku tahu ia pasti muncul,
dia pasti kembali...

aku yakin..............

5 Apr 2010

KALAU

kenapa perkataan ini wujud?
perkataan yg membuatkan kita terlupa.
perkataan yang membahagikan antara khayalan dan kenyataan..
perlukah kita guna perkataan ni??
ah....
jika semua yang dikalaukan berlaku...
tidak akan ada manusia yang kecewa, marah,
semua org pasti akan senang...
ya....
itulah maksud kalau...

maksud yg x membawa makna apa2....

kembali...

da lama x menulis...
arini aku rasa nk menulis pulak..
huhuu

bosan...
ntah kenapa aku rasa cam tu..
perasaan lama datang kembali...
huhu

aku susah nak lupakan..
tapi senang dilupakan..
haha..

malas nk mangugkit..
itu hal lama.. biarkan,,,.....
nasi da menjadi bubur...
kena la masak laen..

2 Feb 2010

kau dah berubah..

angin malam menjadi pemerhati,
menjadi saksi kepada semuanya,
aku tidak lagi diperlukan oleh engkau,
tidak lagi menjadi pendinding atas usaha-usaha engkau,
menjadikan aku serba tak kena,

salahkah aku?
silapkah aku?
dimana?

kata yg x berbalas,
seperti dipaksa,
menjadikan tanda tanya yg tentu tidak ada jawapan darimu,

menjadikan aku seperti manusia yang tidak ada harapan,
membuatkan aku menjadi seorang pengembara,
yang aku sendiri tidak tahu mana harus aku pergi,

tidak ada lagi ucapan dari engkau,
tidak ada lagi wajah engkau,
kau semakin jauh dariku,
seperyinya disengajakan,
membuat aku serba salah,
kau yang menjadikan aku begini,
tapi kau mahu pergi,
ini tidak adil bagi seorang yang pernah diberi harapan,
kau dah berubah,
kenapa????

9 Jan 2010

klimaks..

tahun lepas da abis..
bermulalah satu tahun yg baru...
tapi semuanya tidak baru bagiku..
hidupku kini berada di ambang peningkatan..
meningkatkah aku?
ahh...
semuanya di pertengahan..
tidak ada yg baru bagiku..
tidak juga ada yang lama bagiku..
aku terfikir...
perlukah ada permulaan dipertengahan?
tentu tidak..
yang aku pasti...
pertengahan akan menuju ke pengakhiran..

tahun yg baru...
bukan hidupku yang baru..
kenapa perlu berazam..
perlukah berazam di tahun baru??
ahh...
susah aku nak jelaskan..
aku sendiri pun tak tahu...
apakah aku perlu memulakanj yang baru..
sedangkan aku sudah sampai di pertengahan..
yang aku sendiri tak pasti bila ianya akan berakhir..

tidak..
tidak ada permulaan yang baru...
teruskan hidup yang lama...
jangan jadikan ianya seperti baru.
redah kehidupan ini bagaikan ianya akan berakhir...
yg aku tahu dan pasti..
semuanya akan berakhir...
tapi..
aku berada dimana??
permulaan atau pertengahan...