Label

2 Feb 2010

kau dah berubah..

angin malam menjadi pemerhati,
menjadi saksi kepada semuanya,
aku tidak lagi diperlukan oleh engkau,
tidak lagi menjadi pendinding atas usaha-usaha engkau,
menjadikan aku serba tak kena,

salahkah aku?
silapkah aku?
dimana?

kata yg x berbalas,
seperti dipaksa,
menjadikan tanda tanya yg tentu tidak ada jawapan darimu,

menjadikan aku seperti manusia yang tidak ada harapan,
membuatkan aku menjadi seorang pengembara,
yang aku sendiri tidak tahu mana harus aku pergi,

tidak ada lagi ucapan dari engkau,
tidak ada lagi wajah engkau,
kau semakin jauh dariku,
seperyinya disengajakan,
membuat aku serba salah,
kau yang menjadikan aku begini,
tapi kau mahu pergi,
ini tidak adil bagi seorang yang pernah diberi harapan,
kau dah berubah,
kenapa????