Label

23 Ogo 2010

menunggu ketentuan...

semakin hari hidup kita semakin tua..
jauh meninggalkan perkara sekarang,
yang dlu tidak akan dikenang,
yang datang pasti akan pergi,
hidup dengan kepura-puraan,

mencari sesuatu yang tidak pasti,
akhirnya kita yang akan rugi,
kita lupa asal usul kita,
manusia akan pergi tanpa hiraukan ia,

sampai satu ketika,
kita akan bertemu semula,
di bangunkan segalanya,
diceritakan semuanya,
ditunjukkan kembali,

waktu itu,
kita akan sedar,
siapakah kita,
apakah yang kita lakukan,
dimanakah kita,

tapi...
segalanya sudah terlambat,
lambat untuk kita kembali,
membetulkan segalanya,
kita hanya mampu diam,
menyesali semuanya,

ya.
ini semuanya kerana kita sudah lupa,
lupa akan tujuan hidup kita,
kita silap menilai,
yang buruk disangka baik,
begitulah sebaliknya,
kita sudah salah,
manusia sekarang sudah salah,
salah mentafsir sesuatu yang benar,

akhirnya semuanya akan menjadi bencana,
yang akhirnya memakan diri sendiri,
insaflah....
balik ke pada yang hak..

18 Ogo 2010

batu jugak yang dikenang

aku dah jumpa permata,
aku dah ada emas...
kenapa aku masih ingatkan batu?
batu yang hanya keras,
tidak bernilai,
apa yang ada pada batu itu?
aaahh...
sungguh pening aku memikirkannya,
semakin ingin ak lupakan, semakin aku rasa aku dekat dengan dia?
mungkinkah batu ini bergerak?
adakah ianya sentiasa mengikutku?
kenapa aku rasa aku perlukannya?
owh,,,,
sangat susah untuk aku membuang nya dari fikiranku,
apakah kerana aku pernah hampir untuk memilikinya?
susahnya hidup ini,
batu yang ku buang kini datang dalam fikiranku,
selalu singgah dalam mimpiku,
selalu ada dalam ingatanku,
kenapa tidak permata ataupun emas?
kemana hendak aku buang batu ini?
aku tahu ia pasti kembali..
datang yang tak dijemput..
hilang tiba-tiba....
aku keliru...
sungguh...................

14 Ogo 2010

Aku Mengaku Bahawa Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah

Kalau ada kepercayaanmu demikian, maka Allah tidaklah akan mensia-siakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, dan ingatlah Dia pada waktu kita senang supaya Dia ingat kepada kita pada waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidupmu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap.

Sahabatku......
Jangan takut menghadapi CINTA. Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah menjadikan bunga dan memberinya kewangian. Allah menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya CINTA.

Jika hati mu diberi-Nya nikmat cinta sebagaimana hati ku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut tuhan kembali.

Cinta adalah iradat tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan KEMULIAAN, KEIKHLASAN dan TAAT KEPADA ILAHI.

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan untuk menempuh onak dan duri kehidupan.

Cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua insan bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikiran adalah kekayaan hakiki. Lebih dari timbunan emas, lebih dari segenggam berlian malah lebih dari segala-galanya. Itulah kebahagiaan yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Ketahuilah sahabatku...
Nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. Tetapi nafsu tidak pernah merasa puas atau tidak ingat akan nikmat yang ada di sekelilingnya. Yang sentiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain dan di tangan orang lain. Kelak kalau ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia akan menyesal dan dia teringat pulang, iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi...

Sahabat..
Alam itu kadang-kadang bisu dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semua itu bergantung kepada warna teropong hati yang melihatnya. Boleh pada suatu waktu kita akan datang kepada suatu tempat dengan hati yang hiba, maka muramlah cahaya matahari dan... lain kali kalau kita datang ke tempat itu juga dengan hati gembira, dia akan turut gembira. Kalau bukan demikian, tentu samalah bentuk lukisan dan gambaran yang dilukis oleh ahli-ahli lukisan yang mahir. Demikianlah juga bunyi dan maksud syair yang dicipta para pujangga. Boleh memuji dan menyanjung nikmat keindahan alam dan boleh pula menyesali dan memperlihatkan buruknya.

Wahai sahabatku..
Jangan sampai terlintas dalam hati mu bahawa di dunia ini ada satu kebahagiaan yang melebihi nikmat cinta. Jika diri mu percaya ada kebahagiaan selain cinta maka akan binasalah hidup mu. Kau akan meletakkan vonis kematian ke atas diri mu sendiri.

Ingatlah sahabatku..
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Demikianlah ilham yang dibawa oleh cinta yang suci. Cinta yang suci adalah laksana setitis embun yang turun dari langit ke atas bumi Allah ini. Jika sekiranya bumi yang menerimanya itu subur, maka tumbuhlah di atasnya beraneka warna bunga-bungaan yang harum semerbak. Menanamkan damai, aman, sentosa, insaf, rasa percaya kepada diri sendiri. Dalam hal yang begini embun cinta yang setitis itu akan membawa manusia ke mayapada yang mulia. Tetapi jika cinta jatuh ke bumi yang tidak subur, yang tandus dan penuh batu-bata, tidak ada yang akan tumbuh di sana, lain dari sirih memanjat batu, kuning daunnya lemah gagangnya. Orang itu menjadi putus asa, cemburu sesama manusia, hilang kepercayaan kepada nikmat yang tersimpan dalam hidup. Atau menjadi seorang yang penbenci, kurang percaya pada diri sendiri, kadang-kadang pendendam dan mudah berkecil hati.

antara emas dan permata

memang itulah takdir manusia,
jika ada yang pergi pasti ada yang datang,
tapi..
ianya terjadi dalam hidupku,
satu pergi,
dua yang datang,
tapi aku harus pilih antara dua itu,
yang satu bagaikan permata,
jika hilang aku akan rugi,
jika pergi,
aku akan terasa kehilangannya,
jika tiada,
aku pasti menyesal.

yang lagi satu,
bagaikan emas yang berkilau,
memberi sinaran yang tiada tolok bandingnya,
memberi aku semangat
untuk teruskan idup,
memberi ruang untuk aku terus berjuang,
mencari apa yang kurang,

tetapi itulah hakikat kehidupan,
kita terpaksa melepaskan sesuatu,
untuk mendapatkan sesuatu,

kita mesti menerima kehilangan,
walau seberat mana yang kita terima,
kita terpaksa melupakannya,

aku.....
mana yang perlu aku pilih?
emas atau permata?
kedua-duanya amat penting bagiku,
sama-sama bernilai,
sangat berharga,

oh tuhan...
berilah petunjukmu...
aku keliru.......

3 Ogo 2010

cerita yang berganti...

suatu ketika dulu....
ianya yang ku inginkan..
yang aku mahukan..
tentulah yang aku idamkan..
namun selepas itu dia pergi tanpa kesan..
tanpa ada perasaan.
semakin hari aku semakin rindu..
rindu yang teramat sangat.
hinggakan aku lupa akan keduniaan..
selepas beberapa lamanya aku ditinggakan.
digantung tidak bertali..

namun muncul pula yang lain...
yang membuatkan aku menjadi terkesima.
dengan segalanya...

aku tidak dapat berfikir dengan waras..
adakah dia untukku?
diakah penggantinya?
aku jadi buta..
fikiran ku mati..
akalku terhenti untuk seketika..
tapi jika dia adalah pengganti..
aku tidak berharap..
kerana aku takut..
sangat takut..
perkara yang lama akan berulang..
aku tahu aku perlu berhati-hati..
apapun jalan yang aku pilih..
aku akan pastikan ianya akn memberikan aku ruang..
untuk membuka minda, mata dan hati..
untuk aku terus berjalan ke hadapan..
dan terus meninggalkan kisah-kisah silam aku...
ya...
aku akan biarkan ianya hanyut ditelan peredaran masa..
dia akan berlalu..
yang datang aku pastikan ianya sempurna..
sesempurna hidup aku...
aku akan jaganya..
seperti aku menjaga diriku..
aku tahu...
jika aku kehilangan peluang kedua,
yang ketiga pasti muncul...
kerana aku tahu..
telah ada dicipta untuk aku...
satu....
pastinya...
aku akan mencari yang satu itu..
kerana aku tahu disitulah hidupku..
aku tidak perlu bosan, kecewa dan marah,..
kerana ianya pasti akan aku temui..
walaupun ini yang kedua..
aku tidak takut untuk hadapi yang ketiga...
tapi aku akan lebih berhati-hati...

ya...
yang lama pasti berganti..
kisah sedih akan ditinggalkan..
dan,
yang paling teruk lagi ialah...
kejayaan pasti dilupakan......