Label

23 Nov 2010

puisi untuk dia

aku tahu dunia ini luas,
banyak tempat yang perlu dijelajah,
tidak akan habis walau setahun,
seumur hidup sekalipun,
namun,
aku mahu letakkan dia disitu,
disatu tempat yang aku tahu tiada sesiapapun akan dapat memasukinya,
hanya aku yang tahu,
dan tiada seorangpun dapat mengesannya,
tempat itu sudah aku siapkan,
hanya untuk dia,
untuk diisi dengan keimanan,
dipuhi dengan kemuliaan,
dan dihiasi dengan ketaqwaan,
kerana aku mahu dia menjadi wanita yang mulia,
mulia disisi tuhannya,
kerana aku mahu dia tahu,
kehidupan tidak semudah dengan kata-kata,
dengan janji-janji,
yang belum tentu kita dapat menepatinya,
sebab itu aku mahu menempatkannya disitu..

di hatiku...

ini ceritanya..

dia menghilang tanpa berita..
tanpa sebarang kesan..
tiada tanda apapun.
kini dia kembali..
kembali..
entah kenapa..
namun kembalinya masih seperti dulu..
tidak juga menerima aku..

jika dia punya hati..
tuhan..
bukakannya untuk aku..
walau sekejap..