Label

4 Nov 2011

putus harapan...

aku mimpi lagi,
mimpi tentang dia,
tentang harapan ku,

perlukah aku menyerah?
aku tak dipedulikan..
semuanya tak berbalas..

inikah kesudahan penantian ku?

5 Okt 2011

bunga

saat aku melangkah ke kedai bunga, hati aku berdegup mcm enjin moto baru lepas tukar camp racing. laju. aku pusing-pusing kedai bunga dengan membe-membe aku dan aku ternampak sejambak bunga warna oren. tak tanya harga aku terus beli dan terciptalah sejarah diatas muka bumi ini, AHMAD SYAHROL beli bunga. dalam hidup ini, inilah pertama kali aku beli bunga. lutut aku tak payah nak diceritakan lah. menggetar macam vibrate handphone.
lepas bayar aku minta sekeping kad dari cashier kedai bunga tersebut. aku cari pot yang sesuai untuk tulis ayat. pen aku minta dari kakak yang jual bunga itu. celaka.....
pen murah..

aku tulis..
Hi, im sorry, i don't mind to be your stalker,
and your life in misery and fear,
just stares your pretty eyes from here,
i m might be far but maybe so near.
congratulations.


cit, ini ayat aku plagiat dari novel "awek chuck taylor-nami cob nobbler"
(untuk orang-orang yang tak berpendirian dan mudah terpengaruh aku syorkan jangan beli buku ni sebab banyak sangat fahaman komunisme, anarchism, liberal dan banyak lagi lah. bukan membantah kepada yang nak beli tapi mengingatkan ja dan buku ini sangat menarik kerana intipatinya yang membuatkan aku tidak tidur lena semalaman semata-mata nak habiskan jugak buku ni)aku bukanlah seorang yang betul-betul plagiat sebab semua entry dalam blog ni aku tulis sendiri.

lepas ja beli bunga aku tak cari dia sebab aku dengan membe-membe aku. dalam 15 minit lepas bergamba dengan membe, aku ajak seorang kawan untuk cari si DIA. DIA yang aku maksudkan ialah DIA yang aku selalu sebutkan dalam semua entry aku disini. aku text dia dan dia balas, dan aku tanya dia kat mana, dia senyap. aku call dia, cit lama betul aku tak call dia. yang aku ingat paling last sebelum raya. hari raya aku ada call tapi tak jawab. last dia jawab call aku masa bila pun aku tak tahu sebab aku bukan jenis yang selalu ingat. aku call dia jawab dan dia cakap "xxxx kt pintu F ni". gila punya laju jantung aku ni berbunyi.
aku cari dan aku tersalah pintu. selama empat tahun di sini aku mana hafal nombor pintu dewan ni. sebab tu aku tersalah. ok, aku cari lagi,dalam empat minit aku jumpa dia.

dari jauh aku nampak dia pakai jubah konvo, perghhhhhh, jantung aku hampir-hampir jatuh. aku nampak dia jalan kearah family dia. disebabkan aku ni jenis pemalu dan inilah pertama kali aku nak bagi bunga kt orang, aku rasa macam nak pengsan kt situ jek. dia pu dah hampir setahun lebih aku tak jumpa. dan hari ini....sejarah tercipta lagi..
aku panggil dia, sebab aku takut nanti takkan nak bagi bunga depan ayah dia. tapi nak buat macam mana aku terpaksa juga. dia nampak aku dan dia senyum..
alah mak...
senyuman yang aku nanti selama hampir dua tahun kini terukir depan mata, bayangkanlah apa akan jadi pada jantung ini lama-lama nanti. akibat nya lebih teruk dari sedut dunhill yang kotak dia kaler merah tu. lutut aku teruk sangat tapi aku gagahkan jugak untuk coverkan supaya tak nampak sangat.

"xxxx.....nah bunga ni, tahniahh"
pendek ja aku sebut.
dia senyum lagi..perghhh makin laju jantung aku nih. kalau buat ujin BMI comfirm tak akan jadi normal, tekanan darah mungkin mencatat 200/150 nih.

"thanks"
dia balas dan senyum lagi..
aku senyum kembali dan aku cuba menormalkan jantung aku ini dengan tarik nafas dalam-dalam..
fuhhhhh....

dia merapati tubuhnya kepada aku.
aku senyum.
dia cakap " xxxx amik gambar kami"
aku, aku suruhlah membe aku amikkan gamba aku dengan dia. dan sekali lagi sejarah tercipta. aku bergamba dengan dia dan selama lebih empat tahun aku kenal dia inilah kali pertama aku ambil gambar dengan dia. jujurnya, sebelum ini memang tak pernah.

aku pusing kebelakang, aku tengok mama dan abah dia serta adik dia. dan aku senyum kepada mereka.

dalam lima minit takpun kurang aku minta diri untuk pergi, sebabnya jantung aku memang dah tak tertahan lagi dah. macam nak pecah dah ni. lutut aku macam nak patah.
semuanya kerana aku berada didepan dia. dengan orang lain tidak sekali-kali aku jadi macam ini.
lima langkah kedepan aku berpaling kepada dia dan dia senyum lagi...
alah mak!

selepas jauh aku meninggalkan dia aku rasakan hati aku berbunga-bunga. dapat juga aku bagi bunga kepada dia. bunga yang mencipta banyak sejarah untuk hari ini.

aku tidak peduli apa dia akan fikirkan, apa dia akan ingat. apa sahaja yang dia fikirkan mengenai bunga itu aku tak yakin dan aku tak perlu ambil tahu. aku tak pernah mengharapkan balasan apa-apapun darinya. aku tidak paksa dia untuk menyukai aku..

sekarang aku akan dan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dia walaupun bukan dangan aku.
aku suka sama dia......sangat....

27 Sep 2011

ada rasa ingin...

untuk menyerah mungkin tidak sekali-kali,
untuk putus asa memang tidak akan,

harapan kini mungkin tinggal kenangan,
tinggal aku yang terkapai-kapai menanti sesuatu yang tidak mungkin,

puas sudah aku mencuba,
puas juga aku mencari,
untuk kesekian kali aku rasa begini,

sesuatu yang aku terpaksa terima,
terpaksa jua aku hadapi,
sebuah kenyataan yang terjadi,
bukan kehendak diriku.

29 Apr 2011

gadis impian

yang datang ketika mimpi..
hadir ketika tidak disedari..
selalunya pergi diwaktu pagi..
hanya mainan fantasi..

aku ingin bertemunya..
walaupun itu cuma mimpi..
aku tidak ingin ia pergi..

oh tuhan..
dia lah impian aku..
walaupun aku bukan miliknya..
tapi aku tahu...
dia memiliki cintaku..
tapi cintanya aku tidak pasti..
kerana inilah kehidupan..
kehidupan yang aku sendiri tidak pasti...
tapi aku yakin..
setiap orang tahu apa dihati mereka..
hati orang lain..
tidak siapa yang tahu..
aku yakin dengan itu..
yakin dan pasti...

harapanku...
agar tiada esok..
dan malam ini akan berterusan...
agar mimpi ini berpanjangan..
yang tiada kesudahan..
aku takut..
taku kerana esok akan muncul...
aku akan kehilangannya...

tapi..
siapa mampu melawan hukum alam..
jika ada semalam pasti ada hari ini..
terjadinya esok disebabkan wujudnya hari ini..

percayalah...
semuanya pasti ditinggalkan..
tidak ada yang kekal..
semuanya..
segalanya...

mimpi ini...
akanku simpan dalam memoriku..
untuk ku ingati esok hari..
akan ku bawa setiap ketika..
agar ia tidak pergi..

tuhan...
tolong khabarkan padanya...
aku suka dia...
aku sayang dia...
aku cinta dia....

**alam nyata tidak akan sama dengan alam fantasi**

24 Apr 2011

hard to be me

dia sedang melalui masa-masa yang sukar..
sukar untuk aku memahami isi hatinya..
apakah masalah yang dihadapinya?

aku perlu untuk disisinya..
walaupun aku tidak pasti sama ada dia perlukan aku atau tidak..
tapi aku akan selalu ada untuknya..
dia perlu atau tidak ..
aku sentiasa ada untuknnya..
untuk kurangkan kesedihannya..
untuk menenangkannya..
dia tidak perlu tahu..
aku mahu dia tersenyum..
aku mahu dia gembira..
itu sahaja mahuku..

senyumlah sayang..
esokmu akan lebih bermakna buat dirimu..
bangun dengan semangat sayang..
jangan biarkan masalah menjadi penghalangmu..
betapa susah sekalipun aku sentiasa ada untukmu..
tenangkan fikiranmu..
usah dikenang perkara yang lepas...


*************selamat malam sayang.....

12 Apr 2011

..............

dia bagi aku harapankah?
atau harapanku akan terlaksana..
hatiku gembira tidak terkata..

11 Apr 2011

akan...

perlukah aku menyerah...
harapan makin tipis...
peluang tanpa harapan?

aku harap tidak...
kerana aku takutkan perkataan MUNGKIN.

5 Apr 2011

dia bagi kamu

dulu...
dia pujamu...
kamu pujanya...

dia pemanismu..
dia ubatmu..
dia sayangmu..
dia cintamu..
dia petera mu..

dia...
tempat kau meluahkan rasa..
setiap yang terpendam..

tempat kau bermanja..
bergurau senda..

dia...
boleh memberikan kau senyuman..
tanpa dipaksa..

boleh memberikan kau kebahagiaan..
sebab itu yang kamu mahu..

dia..
membuat kau tidak lena tidur..
kerana dia bayanganmu..

membuat hidup kau sungguh beerti..
kerana kau gadis bertuah..

AKU....
yang dianggap apa olehmu?
yang dapat memberi apa kepadamu?
yang aku tahu dan masih ingat...
aku mahu kau tersenyum...
tanpa dipaksa...


kini..
dia dendammu...
kerana dia semuanya dihukummu..
kerana dia putus asa jawapanmu..

kini..
dia...
masa silam yang hitam bagimu..
kenangan yang pahit dalam sejarahmu..

kau...
langsung tidak mahu bercakap tentang dia...
kau terlalu bencikan dia...
tidak mahu ingat norma bersama dia..
kau sudah tidak suka dengan dia...

kini..
aku...
siapa bagimu?
aku perlukanmu...
berilah aku peluang...
pleaseeee......







********






rungutan seorang penagih cinta...
yang tidak sekali-kali berhenti menagih..
apa yang dicarinya...
apa mahunya...
selagi ada harapan padanya...



*******



peluang ada jika diberi....
harapan sentiasa ada selagi kamu tidak berpunya!!!

1 Apr 2011

dia cakap

secebis kasih membuatkan kita sayang,
seucap janji membuatkan kita percaya,
sekecil luka membuatkan kita kecewa,
tapi..
sebuah perhubungan selamanya bermakna..

*********

apa makna disebalik kata-kata tersebut?
yang paling menbuatkan aku tertanya-tanya,
ayat yang last sekali..
aku keliru....
masih.

27 Mac 2011

nanti

belum terjadi..
belum pasti akan berlaku..

jawapan yang belum pasti berlaku..
janji yang belum tentu akan ditunaikan..

aku benci perkataan nanti..
membuat aku ternanti-nanti..

22 Mac 2011

jawabnya????

ku kumpulkan kudrat,
ku himpunkan semangat,
ku satukan keringat,
ku gagahkan diri,

untuk berterus terang,
tentang perasaanku dengan 'dia',
tapi....
dia diam seribu bahasa,

kini..
aku cuma menanti jawapan darinya,
jawapan tentang semua ini,
jawapan mengenai semua yang kutulis,
jawapan mengenai aku, dia dan kehidupan,

aku perlu tunggu lagi,
dia?
kenapa dia diam?
aku tak mengerti...
sungguh.

17 Mac 2011

dia tahu tak?

aku selalu teringatkn dia..
selalu mimpikan dia..
selalu rindukan dia..
sentiasa mahu dia disisi..

sebab...

aku suka sama dia..
aku sayang sama dia..
aku nk dia jadi......

tuhan...
tolong bukakan hatinya..
tolong beritahu dia semua ini..
aku suka dia..
sangat-sangat..

dia tahu ke tak semua ni..??

3 Mac 2011

indah

jika bidadari itu batu?
mungkinkah batu itu bidadari?
mana satu kamu mahu terima?

yang indah hanya ciptaan tuhan..
yang buruk itu kamu bukan DIA..

kerana DIA juga ciptaan tuhan
bukan seperti kamu..
kamu mainanku..
buatanku..
tentunya ciptaanku..

kamu terlalu buruk..
hodoh..
teruk..
sial..
celaka..
hah!
kamu serba tidak cukup..
sempurna jauh sekali..
untuk dibandingkan dengan DIA..

**aku juga ciptaan tuhan**

suci takterbagi

hendak diberi kepada siapa?
aku tak percaya..
hendak di bawa kemana-mana..
aku takut..
hendak dibuang..
gila gamaknya..

habis...
mana aku nak letakkanya?
sangkutkannya?
sisipkannya?
sorokkannya?
masukkannya?
tuangkannya?

yang aku tahu dia tak kemana-mana..
aku pastikah?
hendaknya.........

24 Feb 2011

belum terlambat

berbekalkan harapanku.
aku megerah kudaratku,
ku gagahi jua,
untuk suatu masa,
yang ketikanya aku pasti akan tiba,
saat yang ku tunggu,
detik yang ku nanti,
hari itu pasti tiba..

aku bukan punya siapapun,
bukan hak dan tentunya milik,
tapi dia...
aku tidak tahu,
dan aku tak perlu tahu,
kerana aku punya harapan,

aku suka dia,
aku perlu dia,
aku mahu dia dihatiku,
dan aku yakin...

waktu..
ketika..
pada...
detik..
saat..
itu pasti akan datang...
ianya belum terlambat untukku..
untuk memiliki dia....
untuk ku ucapkan kalimah KERAMAT itu...


***tapi aku malu****

15 Feb 2011

bangun berserah

meremang bulu romaku..
mendengar perkhabaran darinya..
dia..
menghubungiku.
dengan kata-kata yang manis..
membuat aku terharu..
manjadi aku semakin keliru..

jika aku membalas..
pasti tiada balasan..
walau aku yang mulakan..
dia memberiku alasan..
atau mungkin kenyataan..

tapi yang pasti..
penantianku memberikan harapan..
harapan yang makin tinggi..
aku tidak pasti...
tapi aku yakin..

dia mula menerimaku..

AGAKNYA...

10 Feb 2011

lagak sepohon padi..

dari benih dia datang..
ada juga dari asalnya..
dia dimanja dan ditantang..
dari pagi hingga senja..
siapa menyaingnya akan ditentang..

lagak sepohon padi..
dari kecil dijaga ..
tidak perlu ada serangga..
jika ada pasti dibuang dan diracun..
rumput yang tinggi ditebas..
sehingga dia menjadi pemalas..

apabila suatu ketika..
dia tunduk kebumi..
makin hari makin menunduk..
saat itu pasti pergi..
sehingga dia dituai..
jika tidak..
dia pasti menyembah bumi..

mana pergi egonya?
lagaknya?
sombongnya?

akhirnya menjadi santapan manusia..

7 Feb 2011

aku suka dia

hadirnya indah berwarna-warni..
membawaku kesana-sini..
kadang-kadang seperti pelangi..
kadang kurasa seperti matahari..
kerana semuanya kurasa sendiri..
dia selalu tidk mengerti..

dia tidak pernah tahu..
dia tidak pernah rasa..
aku mungkin malu..
kerana dia tidak menerima..

tebayang-bayang wajahnya dimataku..
hingga kurasa dia bersamaku..

semuanya kurasa sendiri...
hanya angan-anganku...
hanya mimpiku..
hanya impianku..
hanya khayalanku..

dia..
tidak mungkin menerimaku...
kerana ku biasa-biasa saja..
dia terlalu sempurna...

hanya yang ku mahu dia dan semua orang tahu....
.........aku suka dia.........