Label

24 Feb 2011

belum terlambat

berbekalkan harapanku.
aku megerah kudaratku,
ku gagahi jua,
untuk suatu masa,
yang ketikanya aku pasti akan tiba,
saat yang ku tunggu,
detik yang ku nanti,
hari itu pasti tiba..

aku bukan punya siapapun,
bukan hak dan tentunya milik,
tapi dia...
aku tidak tahu,
dan aku tak perlu tahu,
kerana aku punya harapan,

aku suka dia,
aku perlu dia,
aku mahu dia dihatiku,
dan aku yakin...

waktu..
ketika..
pada...
detik..
saat..
itu pasti akan datang...
ianya belum terlambat untukku..
untuk memiliki dia....
untuk ku ucapkan kalimah KERAMAT itu...


***tapi aku malu****

15 Feb 2011

bangun berserah

meremang bulu romaku..
mendengar perkhabaran darinya..
dia..
menghubungiku.
dengan kata-kata yang manis..
membuat aku terharu..
manjadi aku semakin keliru..

jika aku membalas..
pasti tiada balasan..
walau aku yang mulakan..
dia memberiku alasan..
atau mungkin kenyataan..

tapi yang pasti..
penantianku memberikan harapan..
harapan yang makin tinggi..
aku tidak pasti...
tapi aku yakin..

dia mula menerimaku..

AGAKNYA...

10 Feb 2011

lagak sepohon padi..

dari benih dia datang..
ada juga dari asalnya..
dia dimanja dan ditantang..
dari pagi hingga senja..
siapa menyaingnya akan ditentang..

lagak sepohon padi..
dari kecil dijaga ..
tidak perlu ada serangga..
jika ada pasti dibuang dan diracun..
rumput yang tinggi ditebas..
sehingga dia menjadi pemalas..

apabila suatu ketika..
dia tunduk kebumi..
makin hari makin menunduk..
saat itu pasti pergi..
sehingga dia dituai..
jika tidak..
dia pasti menyembah bumi..

mana pergi egonya?
lagaknya?
sombongnya?

akhirnya menjadi santapan manusia..

7 Feb 2011

aku suka dia

hadirnya indah berwarna-warni..
membawaku kesana-sini..
kadang-kadang seperti pelangi..
kadang kurasa seperti matahari..
kerana semuanya kurasa sendiri..
dia selalu tidk mengerti..

dia tidak pernah tahu..
dia tidak pernah rasa..
aku mungkin malu..
kerana dia tidak menerima..

tebayang-bayang wajahnya dimataku..
hingga kurasa dia bersamaku..

semuanya kurasa sendiri...
hanya angan-anganku...
hanya mimpiku..
hanya impianku..
hanya khayalanku..

dia..
tidak mungkin menerimaku...
kerana ku biasa-biasa saja..
dia terlalu sempurna...

hanya yang ku mahu dia dan semua orang tahu....
.........aku suka dia.........