Label

5 Okt 2011

bunga

saat aku melangkah ke kedai bunga, hati aku berdegup mcm enjin moto baru lepas tukar camp racing. laju. aku pusing-pusing kedai bunga dengan membe-membe aku dan aku ternampak sejambak bunga warna oren. tak tanya harga aku terus beli dan terciptalah sejarah diatas muka bumi ini, AHMAD SYAHROL beli bunga. dalam hidup ini, inilah pertama kali aku beli bunga. lutut aku tak payah nak diceritakan lah. menggetar macam vibrate handphone.
lepas bayar aku minta sekeping kad dari cashier kedai bunga tersebut. aku cari pot yang sesuai untuk tulis ayat. pen aku minta dari kakak yang jual bunga itu. celaka.....
pen murah..

aku tulis..
Hi, im sorry, i don't mind to be your stalker,
and your life in misery and fear,
just stares your pretty eyes from here,
i m might be far but maybe so near.
congratulations.


cit, ini ayat aku plagiat dari novel "awek chuck taylor-nami cob nobbler"
(untuk orang-orang yang tak berpendirian dan mudah terpengaruh aku syorkan jangan beli buku ni sebab banyak sangat fahaman komunisme, anarchism, liberal dan banyak lagi lah. bukan membantah kepada yang nak beli tapi mengingatkan ja dan buku ini sangat menarik kerana intipatinya yang membuatkan aku tidak tidur lena semalaman semata-mata nak habiskan jugak buku ni)aku bukanlah seorang yang betul-betul plagiat sebab semua entry dalam blog ni aku tulis sendiri.

lepas ja beli bunga aku tak cari dia sebab aku dengan membe-membe aku. dalam 15 minit lepas bergamba dengan membe, aku ajak seorang kawan untuk cari si DIA. DIA yang aku maksudkan ialah DIA yang aku selalu sebutkan dalam semua entry aku disini. aku text dia dan dia balas, dan aku tanya dia kat mana, dia senyap. aku call dia, cit lama betul aku tak call dia. yang aku ingat paling last sebelum raya. hari raya aku ada call tapi tak jawab. last dia jawab call aku masa bila pun aku tak tahu sebab aku bukan jenis yang selalu ingat. aku call dia jawab dan dia cakap "xxxx kt pintu F ni". gila punya laju jantung aku ni berbunyi.
aku cari dan aku tersalah pintu. selama empat tahun di sini aku mana hafal nombor pintu dewan ni. sebab tu aku tersalah. ok, aku cari lagi,dalam empat minit aku jumpa dia.

dari jauh aku nampak dia pakai jubah konvo, perghhhhhh, jantung aku hampir-hampir jatuh. aku nampak dia jalan kearah family dia. disebabkan aku ni jenis pemalu dan inilah pertama kali aku nak bagi bunga kt orang, aku rasa macam nak pengsan kt situ jek. dia pu dah hampir setahun lebih aku tak jumpa. dan hari ini....sejarah tercipta lagi..
aku panggil dia, sebab aku takut nanti takkan nak bagi bunga depan ayah dia. tapi nak buat macam mana aku terpaksa juga. dia nampak aku dan dia senyum..
alah mak...
senyuman yang aku nanti selama hampir dua tahun kini terukir depan mata, bayangkanlah apa akan jadi pada jantung ini lama-lama nanti. akibat nya lebih teruk dari sedut dunhill yang kotak dia kaler merah tu. lutut aku teruk sangat tapi aku gagahkan jugak untuk coverkan supaya tak nampak sangat.

"xxxx.....nah bunga ni, tahniahh"
pendek ja aku sebut.
dia senyum lagi..perghhh makin laju jantung aku nih. kalau buat ujin BMI comfirm tak akan jadi normal, tekanan darah mungkin mencatat 200/150 nih.

"thanks"
dia balas dan senyum lagi..
aku senyum kembali dan aku cuba menormalkan jantung aku ini dengan tarik nafas dalam-dalam..
fuhhhhh....

dia merapati tubuhnya kepada aku.
aku senyum.
dia cakap " xxxx amik gambar kami"
aku, aku suruhlah membe aku amikkan gamba aku dengan dia. dan sekali lagi sejarah tercipta. aku bergamba dengan dia dan selama lebih empat tahun aku kenal dia inilah kali pertama aku ambil gambar dengan dia. jujurnya, sebelum ini memang tak pernah.

aku pusing kebelakang, aku tengok mama dan abah dia serta adik dia. dan aku senyum kepada mereka.

dalam lima minit takpun kurang aku minta diri untuk pergi, sebabnya jantung aku memang dah tak tertahan lagi dah. macam nak pecah dah ni. lutut aku macam nak patah.
semuanya kerana aku berada didepan dia. dengan orang lain tidak sekali-kali aku jadi macam ini.
lima langkah kedepan aku berpaling kepada dia dan dia senyum lagi...
alah mak!

selepas jauh aku meninggalkan dia aku rasakan hati aku berbunga-bunga. dapat juga aku bagi bunga kepada dia. bunga yang mencipta banyak sejarah untuk hari ini.

aku tidak peduli apa dia akan fikirkan, apa dia akan ingat. apa sahaja yang dia fikirkan mengenai bunga itu aku tak yakin dan aku tak perlu ambil tahu. aku tak pernah mengharapkan balasan apa-apapun darinya. aku tidak paksa dia untuk menyukai aku..

sekarang aku akan dan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dia walaupun bukan dangan aku.
aku suka sama dia......sangat....