Label

20 Nov 2012

kembali pada yang asal

asalnya begini,
sudahnya begini.
cuma bezanya adalah,
taraf kehidupan.

dulu keinginan untuk dia,
banyak yang ku lakukan,
untuk hilangkan pemikiran aku dari dia.

semuanya tak menjadi,
aku mencari pengganti,
tapi aku ditinggal pergi.
dia mungkin sudah pergi,

kini aku talah sendiri,
dia pulak yang kuingati.
aku bermain emosi dengan diri sebdiri,
dia bahagia bersama cinta hati.

meranalah aku kini.........

7 Okt 2012

terbuang

semakin hari, semakin kelam,
langsung tak nampak,
makin kabur.

lama-kelamaan menyepi.
inikah kesudahannya.
inikah penamatnya.

aku sentiasa mengharap,
sentiasa menunggu,
tapi sejak dahulu lagi.
ianya memang sia-sia.
kerana aku tak punya apa-apa.

bukan ini yang dimaukan,
tapi mungkin takdir yang menentukan.
aku hanyut dibawa arus.
aku ditinggalkan keseorangan,
dibiar tidak berteman,
dahagakan kasih teman bicara.
namun, ianya hampa belaka.

sudah lama menyepi,
tinggalkan aku sendirian,
langsung sunyi,
aku keseorangan.
ditinggal begini.
sungguh.....

aku sendiri.
walau namamu terpahat dihati.

27 Jun 2012

penat

kali pertama,
aku menangis, merayu, untuk memperjuangkan cinta kita.
sedangkan kan kau mentertawakan aku,
kau bergelak-ketawa mempermainkan aku.

kali kedua,
kau ketawa lagi,
aku menangis lagi,
aku sedih hiba, sayu,
aku tak mahu kau meninggalkan aku,
aku tak sanggup meninggalkan kau,
aku memperjuangkan cinta itu,
sedangkan kau, masih lagi ketawa melihat tangisan aku.

kali ketiga,
aku menangis lagi, terlalu hiba,
terlalu sedih, aku ku campak sepak,
aku kau buangbaling,
aku mengalah,
kau menang, aku merayu lagi untuk cinta kita.

kali keempat,
aku menangis terlalu lama,
aku letakkan semua kesalahan kepada aku,
aku terima kesalahan,
aku tunggu keputusan kau,
sekali lagi kau ketawa dengan kata-kata cinta.
aku tertewas, dengan mainan perasaan itu.

kali kelima,
hanya sedikit kesalahan,
kau mahu memutuskan semuanya,
seperti kali-kali sebelumnya, setiap kesalahan kau ambil keputusan dengan memutuskan semuanya.
setiap kali aku melakukan kesalahan, aku perlu meminta maaf,
setiap kali kau melakukan kesalahan, aku perlu memnti maaf.
cukuplah setakat kali keempat aku memperjuangkan semuanya,
sedangkan kau tidak pernah mahu memperjuangkan bersama,
kau hanya tahu, "putus"
setiap kali ada masalah, kau hanya mahu "putus"
kau tak pernah bertanya sebelum kau buat keputusan.
itu sahaja yang kau mahu.
kau ambil ringan tentang ini.

biarlah aku yang pergi,
dengan hati yang luka, pilu, sedih,
kau letak dimana aku ini?
maaf,
aku sudah penat,
penat memperjuangkan sendiri, seorang diri.
sedangkan kau hanya mahu "putus"


i always feel lonely,
but for the first time in my life,
i feel complete loneliness.

sudah tidak ada apa yang perlu diperjuangkan,
jika hanya aku yang mahu.
sedangkan kau tidak pernah mahu.
dan kalau kau mahu sekalipun,
aku rasa tidak mungkin,
kerana kalau kau betul-betul mahu dan sayangkan apa yang kita bina,
kau pasti memperjuangkan bersama,
bukan dengan keputusan "putus" itu.

22 Jun 2012

tinggalkan semalam

dalam hidup, kita pasti akan perlu untuk buat pilihan,
aku dah buat pilihan aku sendiri,
tak semua yang kita rancang akan berlaku,
mungkin nasib tak menyebelahi aku,
walau pilihan itu menyakitkan orang,
walau pilihan itu menyakitkan diri sendiri,
walau pilihan itu membuatkan kita perlu tinggalkan dunia kita sendiri,
tapi ini pilihan aku,
keputusan sudah aku buat,

tak guna menunggu sesuatu yang tak pasti,
teruskan kehidupan yang perlu kita lalui,
lihat depan mata,
tengok dengan sendiri,
apa yang kita nampak,
apa yang kita lihat,
itulah kenyataannya,
bukan impian,
bukan angan-angan,
tapi,

itulah realiti yang kita perlu hadapi,
tak perlu lagi aku menanti,
kerana aku sudah punya apa yang aku miliki,
tinggalkan zaman ini,
tinggalkan musim ini,

lalui apa yang bakal berlaku nanti,
dengan kudrat dan bantuan ilahi,

tak perlu untuk salahkan takdir,
walaupun aku tidak nampak takdir aku sendiri,
walaupun terlalu samar untuk aku fahami.
selamat tinggal angan-angan aku.
selamat tinggal impian aku.

aku berjalan dan melihat dunia realiti.
aku macam ini, dan tetap sebegini.
hanya tuhan yang mampu mengubah aku,
untuk menjadi seperti lain,
kerana Dia yang mencipta aku,
Dia juga yang mengawal aku,
Dia juga adalah yang menentukan hala tuju hidup aku.

jujur untuk percaya takdir sendiri,
mungkin takdir aku tidak sebaik hamba-hamba yang lain,
tapi aku percaya tuhan itu maha adil,
aku tak pernah mengubah diri aku,
dan aku tak pernah berusaha untuk itu,
kerana aku percaya,
aku tak mampu mengubah diri sendiri.
kerana aku bukan tuhan.

maafkan aku.

31 Mei 2012

KFC adalah haram?

[Sheikh Yusof al Qardhawi dan Ulama al azhar dah keluar fatwa KFC(dan SEMUA product ZIONIST) adalah HARAM dibeli oleh Umat Islam (sbb membantu ekonomi Zionist) pon ada org yg so called muslim pergi beli jugak ..???

ada seorang yang bercakap begini.

ada orang tanya ustaz azhar idrus, selamba ustaz cakap, KFC di terengganu memang halal,

dan berperanglah kedua-dua pengikut yusuf Qardawi dan pengikut Azhar idrus tentang pengharaman KFC ini.dengan hujah masing-masing]

jawapan dan pendapat aku

ok. bermula dengan pengikut dulu. islam yang terbesar terbahagi kepada dua, yang pertama syiah dan yang kedua ahli sunnah. ada sesetengah golongan syiah mengatakan sunnah itu sesat dan sebaliknya. dan yang sunnah pula terbahagi kepada empat pengikut, pertama Syafie, kedua Maliki, ketiga Hanafi, keempat Hambali. aku tak mahu menerangkan tentang syiah kerana aku belum pernah jumpa dengan ahli-ahli syiah dan mengkaji tentang itu. tetapi keempat-empat imam ini adalah imam dan ulamak dan seorang guru. semasa mereka hidup dan aku percaya mereka tidak mempunyai PENGIKUT tetapi mempunyai murid-murid masing-masing. dan sekarang terlalu banyak pengikut keempat-empat imam tersebut. mana pengikut MUHAMMAD S.A.W?

ok berbalik kepada pengharaman KFC yang dikatakan oleh sesetengah pihak. pertama kita membeli dengan duit kita dan kita berakad dengan penjual KFC itu yakni pekerja yang mewakili pemilik itu untuk berakad jual beli dengan kita. selepas membeli, maka wang milik kita dipindahkan kepada pemilik KFC dan sebagai memenuhi akad tersebut kita beroleh apa yang kita beli. ayam KFC contohnya. dan ayam itu menjadi milik kita dan sebalik nya.

wang yang kita beri kepada penjual itu sudah bukan jadi milik kita dan ayam itu adalah milik kita. terpulang la kepada kita sama ada untuk menjual semula ayam tersebut atau memberi kepada orang lain atau membuang contohnya. betol tak? ini tiada kena mengena dengan pemilik ayam tersebut kerana bukan miliknya lagi.

ini juga berlaku kepada wang yang kita beri kepada pemilik tadi, wang itu bukan milik kita lagi dan kita tak berhak keatasnya lagi. dan ikut suka lah jika pemiliknya mahu menggunakan wang itu untuk support israel ka syria ka. wang itu tidak ada kena mengena dengan kita lagi. betul tak? adakah kita terlibat juga walaupun bukan milik kita lagi?

ini hakikat.

dan jika ada yang mengatakan KFC itu masih haram jika pemilik KFC adalah seorang penaja kepada Israel. maka jika kamu membeli buku-buku ilmu contohnya dikedai-kedai buku atau pasar malam. dan jika pemilik buku itu memberi upah kepada pekerjanya menggunakan wang yang kita beli buku itu dan pekerjanya itu menggunakan wang upahnya untuk berjudi, adakah kita juga terlibat dengan judi tersebut? fikir-fikirkan lah ya.

(maaf ini pendapat aku,)

jika bapa aku pergi melihat sendiri ayam itu disembelih dan diproses dengan cukup syarat dan memberitahu aku tentang itu, aku rasa ianya HALAL, dan dalam keadaan ini aku meletakkan JAKIM sebagai wakilku untuk melihat itu dan mereka mengesahkannya aku rasa tidak ada apa yang salah.

***manusia sering melakukan kesilapan, hanya seorang sahaja yang makhsum, walau anda ulama, imam dan sebagainya, anda juga pernah melakukan kesilapan.
ada seorang yang beragama kristian menanyakan aku tentang ini.

28 Mei 2012

setia

apabila kita menginginkan seseorang,
dan dia menerima kita,
lama-kelamaan cinta itu berputik,
kita menyerahkan jiwa dan raga kepada dia,
kita percaya semua kata-kata dia,
kita mengharapakan dia,

sampai suatu masa,
kepercayaan yang kita beri,
cinta yang kita bagi,
masih beum cukup untuk mendapat,
kasih sayangnya,

kita akan dibuang mungkin.
atau kita sudah dipermainkan,

apa makna kita bagi dia?
sungguh.
aku keliru, tidak terkata.

mudahnya cinta itu dibuangbaling,
dicampaksepak,
untuk apa?

tolonglah bagi jawapan.
aku mahukan penjelasan.
atas apa yang aku beri.
mungkin tak dimiliki.

23 Mei 2012

penulisan

entah mengapa, aku rasa gaya penulisan aku masih di tahap paling memualkan. baru aku perasan perkara ini, bukan aku rasa aku manusia paling teruk, tapi mungkin hakikatnya sebegitu. setaiap apa yang aku tulis semuanya adalah spontan dan sangat-sangat spontan. aku tak memikirkan apa yang aku tulis. tapi aku cuma mengadap skrin komputer dan fikirkan tajuk, kemudian aku mula menulis mengikut rentak jara jemari aku, dan aku tidak melihat semula yang aku tulis sampai lah waktu aku paling boring. aku baca semula.

penulisan yang aku rasa terlalu teruk untuk tatapan orang dan penulisnya adalah aku sendiri.

hal ini kerana aku rasa aku terlalu banyak membaca tulisan dari orang-orang yang profesional dalam bidang penulisan masa kini. aku rasakan diri aku terlalu bawah untuk dibandingkan dengan mereka-mereka itu. setelah aku membaca beberapa blog yang tidak berapa dikenali dan aku bandingkan tulisan mereka dan penulisan aku, aku hanyalah seorang penulis bawahan yang berangan mahu jadi penulis profesional. mana mungkin berlaku semua itu.

ini kerana mereka mempunyai perancangan sebelum menulis sesuatu, berfikir sebelum menulis sesuatu, sedangkan aku cuma tatap skrin komputer dan fikirkan tajuk, kemudian jari-jari aku menari-nari diatas skrin komputer ini beberapa minit dan aku akan klik publish post. selepas itu aku akan tutup tab ini.

mungkin aku perlukan masa untuk berfikir. dan aku mahu setiap yang membaca merasa apa yang aku tulis ini adalah bahan bacaan yang mereka mahu bacanya. tapi tak mungkin itu akan berlaku kerana aku terlalu naif dalam bidang penulisan. walaupun aku sememangnya suka membaca. aku membaca lebih dari apa yang aku tulis. buku yang aku baca lebih dari buku yang aku perlu baca. novel-tidak kiralah apa sahaja genre, aku pasti akan membaca sehingga ke noktah terakhir. buku-buku indie, dah terlalu banyak aku baca.

tapi, masalahnya penulisan aku masih ditahap tidak memuaskan. segala bentuk penulisan telah aku baca dan sememangnya aku masih gagal dalam menulis.

21 Mei 2012

cita-cita

semasa kecil,
aku ditanyakan oleh guru-guru,
apakah cita-cita kamu?
aku keliru,
adakah aku punya cita-cita?
sungguh,
aku keliru.

bila di tahap menengah,
aku dicaci dan dikutuk dengan kata-kata buruk,
sebab aku yang paling teruk dalam kelas paling baik,
aku diam.
aku sangka tiada harapan.
apa yang aku cita-citakan?

sekarang,
aku lebih baik dari orang yang mengatakan aku buruk,
bukan mengkeji,
tapi ini realiti,
yang dulu hanya fantasi,
aku lebih tinggi,
tapi ini bukan yang aku mimpi.


aku tak punya cita-cita,
cuma meredah kehidupan dengan dibantu takdir,
yang aku tahu,
semuanya ditentukan.

tapi aku punya matlamat,
yang memberi aku harapan,
dan impian aku sendiri.

bukan segulung ijazah yang aku kejar,
tapi aku dah dapat itu,
kini sedang mengejar sarjana,
walaupun bukan kehendak diriku.
sungguh tak adil kehidupan ini,
tapi,
adakah kita adil?

(mengeluh)

**aku cuma impikan sebuah buku karya sendiri dan menonton teater, sedangkan aku sekarang sedang bergelut dengan pointer. cilaka.

18 Mei 2012

lari


aku punya blog sudah lari dari akidah penubuhannya.
awal penubuhan adalah berkisar tentang sajak-sajak dan puisi kosong seorang yang menantikan harapan.
walau harapan itu masih wujud, tapi disebabkan perubahan semasa ke semasa. ianya menjadi harapan tertinggal.

harapan itu ada dimana-mana.

8 Mei 2012

BERSIH dan keberkesanannya.

mungkin agak lambat untuk aku memberikan ulasan tentang bersih.namun aku gagahkan jua, kerana sehingga hari ini, masih kita terdengar lagi perkara-perkara berkaitan demontrasi itu. konspirasi antara pembangkang dan kerajaan mengenai pilihanraya dan SPRtersangatlah bodoh orang-orang yang percaya kepada mana-mana berita, mahupun di sebelah pembangkang, mahupun kerajaan. 
BERSIH merupakan suatu demonstrasi menuntut pembersihan.


Boleh dijangka akan jadi provokasi dari kedua2 pihak, bodoh la kalau jangka akan berlaku secara aman.
pembangkang dah tau, kerajaan pon dah tau.


Pembangkang akan guna polis sebagai watak antagonis, dan kerajaan akan guna pendemo sebagai watak antagonis.


Jadi secara keseluruhan, BERSIH bukan tercipta untuk menuntut bersih tetapi mencipta isu bagi pilihanraya.... mungkin peserta anggap demonstrasi sebagai benda yang sangat jujur.


tapi sememangnya dipergunakan oleh pihak lain.
memang bodoh kalau tak nampak.
Tapi mungkin melalui BERSIH satu-satunya cara nak elak korupsi di dalam pilihanraya.
Impak demonstrasi hanyalah kecil, cuma publisiti murahan mengenai kekejaman polis dan peserta bagi memancing undi.
 Mngkin kalau pilihanraya betul-betul kotor, tak mungkin PR menang di selangor. dan kalau mungkin pilihanraya itu bersih, tak mungkin BN memerintah negara sampai hari ini.
Jadi adakah Bersih signifikan?


sedih melihat ramai orang-orang yang bodoh telah dipergunakan untuk kepentingan politik.
janganlah terlalu fanatik kepada sesebuah parti politik. mereka hanya menggunakan rakyat sebagai isu. polis juga rakyat. susah nak cari parti yang betul-betul pentingkan rakyat. semua parti politik hanya mementingkan parti. menggunakan sesuatu untuk dijadikan propaganda. akibatnya? 


****mana budak-budak totalitarian agama nih***
****polis betul lebih baik dari polis moral. kah kah kah***

4 Mei 2012

amanah

apa yang kau faham tentang amanah?
kau cakap sseorang itu tak amanah?
adakah kau tu sendiri bersikap amanah?
bodoh.

kau tengok orang yang tak belajar  dan kau mengatakan dia tak amanah?
cerminlah diri kau dulu dan fahamkan apa itu amanah, sebelum cakap orang tak amanah.

kita hidup bukan sebagai seorang pelajar sahaja.
bukan amanah sebagai pelajar sahaja.

contoh diri kita. adakah kita amanah?
sebagai anak,
sebagai adik,
sebagai abang,
sebagai kakak,
sebagai adik ipar,
sebagai biras,
sebagai menantu,
sebagai cucu,
sebagai anak saudara,
banyak lagi.

adakah kita amanah dengan itu,

kalau kau tak pernah solat jemaah dengan keluarga, jangan cakap pasal amanah dengan aku,
kalau kau tak bercakap dengan semua ahli keluarga kau jangan cakap orang tak amanah.
kalau kau cuma berbaik dengan segelintir dalam keluarga besar, jangan cakap kau tu amanah.

bodoh.
kau tengok orang tak amanah kerana satu perkara sahaja, tapi adakah kau betul-betul memahami apa itu amanah.?

sebagai rakyat,
sebagai warganegara,
sebagai penduduk,
sebagai insan.

adakah kau amanah.
kalau orang nak merasuah kau satu juta dan kau cakap kau nak ambik, tapi kau marah orang tak amanah?
malu la sikit.
kau hanya amanah dengan itu kerana itu matlamat hidup kau.

kalau tak sedia nak pikul amanah jangan tawarkan memegang amanah?
shit, bodoh.
amanah ni kau sedia atau tak, hidup kau memangnya penuh dengan amanah.
kau pikir amanah ni cuma satu dua ja?
banyak lagi amanah yang wujud dengan sendiri.

kau tak paham apa itu amanah.
tu lah, banyak belajar ilmu agama,
 tapi ilmu hakikat dan maghrifat kau tinggal.
nak sangat jadi polis moral.
semua orang buat salah. nk menghukum,
eh kau siapa nak menghukum orang?

janganla bercakap mengenai perkara yang kau tak faham.

aku manusia yang selalu tinggalkan amanah, aku tak jujur dalam amanah, sukahatilah,.
apa kau pedulik. aku bencikan totalitarian agama nih. guna hadis, guna ayat suci al-quran untuk berhujah mengatakan orang itu teruk, cuba menjadi polis moral, sedangkan dia tak pernah belajar ilmu hakikat. bodoh!!!!!!!!!!!!!! 

1 Mei 2012

agaknya

kalau ostat2 fesbuk tau yang asal hari buruh adalah hari cuti untuk memudahkan sambutan untuk blessing virgin mary--

rasanya--

PENUH tak status dengan hukum hakam menghina manusia2 yang memuji cuti ini?

*gelak kecil*

itulah aku cakap satu masa dulu.
kita ni selektif.

aku tak pelik kalau ada orang cakap "ala kita bukan nak sambut mary. kita nak cuti je".
sama tak dengan orang yang just have fun dengan passing bunga pada valentine?

op. dont get me wrong.
aku tak sokong mana2.
aku pun tak sambut valentine.
aku cuma nak cakap:
kita tak adil.

kita cuma guna agama bila kita suka.
bukan sebab ITU hakikatnya. ---fyn jamal

30 Apr 2012

sakit


tak ada manusia yang mahu rasa sakit atau disakiti.

multiple sclerosis tu nama penyakitnya..

dia sedang bertarung dengan penyakit tersebut..

semoga dia tabah dan cekal menghadapi semua ujian tuhan...

penyakit tu tak ada penawar,

cuma dapat bertahan dengan sejenis dadah...

harap semuanya ok dan baik-baik saja untuk dia..

###ct mal.. semoga engkau tabah wahai sahabatku###

P/s; dia adalah seorang pembaca tegar blog ini. dari awal hingga sekarang. terima kasih mal.
dia berani berdepan dengan penyakitnya, walaupun maut adalah penentunya. bukan macam sesetengah golongan yang hanya berani di tepi. bercakap seperti ulamak, tetapi........

26 Apr 2012

!@#$%^


asal newlook blog mcm ni hah? susah aku nak cukupkan post aku yang keseratus nih....

adeiiii...

baru nak panaskan ati golongan yang bajet ahli syurga.. kah kah kah.

aku nak yang lama la....
cilaka...

23 Apr 2012

kenangan

perkara lampau adalah sejarah,
sejarah itu suatu kenangan,
susah untuk kita lupakan,
yang baik mahupun buruk,
kerana semuanya membentuk kita pada hari ini,

ya, susah untuk aku lupakan,
saat aku bersama kamu,
walau hanya sekejap,
walau hanya sementara,

tapi..
ianya adalah kenangan,
hanya aku yang simpan elok dalam memori hidupku,
mungkin tidak bagi kau,
mungkin kau sudah lupakan ia,
tapi, tak mungkin aku lupa, detik-detik kita bersama,
kerana aku masih mengharap kenangan lama,
agar ia berulang kembali.

***cliche***


stiap kenagan menyimpan satu rasa,
rasa yang indah, dan pahit,
walau bagaimana cara untuk kita lupakan,
ianya tetap adalah kenangan.
perkara yang pernah kita lalui.
manis atau pahit,
ianya tetap sebuah kenangan.

p/s: golongan yang panas hati, nanti aku panaskan lagi. kah kah kah

antara muda dan tua,

aku terbaca satu kisah, dimana seorang tua balik balik dari surau.duduk dengan anak-anaknya depan TV. keadaan senyap. tiba-tiba orang tua itu bersuara, "tadi dimasjid kawan-kawan ada bincang kenapa tak ada orang muda pergi ke masjid zaman sekarang ni"

anaknya bertanya " abis abah cakap apa?"

ayahnya jawab " diam aje, malas nak cakap panjang."

ya.. itulah realitinya, anak muda suka melakukan sesuatu ikut perasaan, mungkin ramai anak muda sekarang ni yang tak pernah tinggal solat. setiap manusia mempunyai persepsi masing-masing. suka bertindak mengikut perasaan. memang anak muda suka melakukan revolusi. tetapi kenapa selalu revolusi anak muda selalunya gagal? kerana orang tua yang mengongkong. anak muda memang tudak suka kongkongan. suka bertindak mengikut perasaan. suka bebas membuat keputusan.

bagaimana dengan warga tua yang mereka sendiri pernah muda? pernah mempunyai pengalaman semasa muda??

aku jadi manusia sekarang kerana kongkongan orang tua, aku jadi seperti sekarang kerana orang tua. yaaa. setiap lakuku dipengaruhi oleh orang tua ku, waima perinsip dan pegangan aku sekalipun.

kenapa menyalahkan golongan tua kerana revolusi anak muda selalu gagal?


berbalik kepada cerita tadi.

si tua tadi kemudian berkata
" kenapa orang muda jarang pergi kesurau, sedangkan kita yang tua ni baru nak ingat tuhan. sama je semua"

maka berderailah ketawa dari keluarga tersebut.

PS: dah lama rupanya aku tak menulis puisi.

22 Apr 2012

drama

aku melihat satu status fesbuk, bertulis begini. " baru dapat elaun 2ooo untuk balik ke kampung. alhamdulillah, rezeki. syukur kepada ALLAH."

adakah itu satu cara mngecapkan terima kasih kepada tuhan?

aku rasa itu lebih kepada bongkak dan riak,.

menggunakan nama tuhan untuk menyembunyikan rasa bongkak kamu.

sungguh padai kamu berdrama.
tu lah, terlalu bertuhankan wang ringgit. bertuhankan pangkat, bertuhankan taraf pendidikan.


P/S : oh ya, aku ada stalker maya yang berpura-pura di alam realiti, kah kah kah.

20 Apr 2012

hidup seorang yang berjaya

aku meletakkan diri aku sebagai seorang yang berjaya. kenapa aku letakkan diri aku sebagai seorang yang berjaya. kerana aku selalu gagal dan tak pernah kecewa dengan kegagalan aku. aku bukan seorang yang ada PHD ataupun ada pangkat datuk ka, tan sri ka. kalau orang berkata semua tu adalah berjaya, aku rasakan orang tu adalah yang paling gagal.
pertama kali aku berjaya dalam hidup masa aku berumur 7 tahun, dimana aku baru darjah satu, walaupun aku amat tidak suka dengan sekolah pada masa itu, aku mampu untuk dapat tempat pertama dalam kelas. tapi bila dapat tu, aku merasakan akulah yang paling berjaya, rupanya aku silap. dapat no1 dalam kelas bukan menjadikan aku orang berjaya. membuatkan aku lupa untuk menjadi seorang yang bersyukur. sebelum itu aku telah membaca semua buku teks dan semua buku-buku sampingan berkali-kali. hanya untuk mendapat tempat pertama dalam kelas. tapi bila dapat aku menjadi seorang yang gagal.
aku benci untuk kesekolah, tapi aku pergi kesekolah dan ianya menjadi rutin aku hingga 13 tahun lamanya. aku benci untuk masuk universiti, tapi aku masuk selama hampir 5 tahun termasuk sekarang. aku buat benda yang aku benci kerana aku tahu disitu akan ada cabaran yang menanti.
tapi aku lupa usaha aku pada mula-mula aku melangkah kearah pembelajaran secara formal ni. perkara yang paling aku benci. buat aku terikat dengan sistem yang mengawal manusia.
segala yang aku mahu dapatkan, aku hampir kecapi semuanya. jadi, itu membuatkan aku seorang yang berjaya. bukan degree yang aku mahukan, bukan master yang aku kejar, bukan PHD yang aku idamkan. tapi diri aku yang aku kejar. aku jadi hamba pada diri aku, bukan hamba pada sistem. aku sudah berjaya dalam perkara itu.
aku diajar oleh mak bapak aku bukan untuk berjaya sebagai seorang yang ada degree, yang ada master, yang ada PHD.
tapi aku berjaya mengenal diri aku.

aku dapat 6E dalam spm, ramai yang kata aku gagal, tapi bagi aku, aku adalah manusia paling berjaya. secara logiknya memang akugagal, tapi, bukan 10A yang aku kejar.

hidup aku adalah kerana ALLAH, setiap langkahku adalah kerana ALLAH. bukan kerana mahukan degree, master, PHD. aku sukakan kegagalan yang orang tak suka, kerana itu membuatkan aku menjadi dewasa. menjadi manusia. membuatkan aku dapat melihat pandangan manusia yang memandang pangkat dan darjat serta taraf pendidikan dengan lebih jelas. ini membuatkan aku seorang yang berjaya.

**gagal dalam pandangan manusia adalah kejayaan bagi aku**
**aku seorang yang berjaya, sampai bilapun aku tetap seorang yang berjaya**

hidup seorang yang gagal

aku meletakkan diri aku sebagai seorang yang gagal. sebab aku aku letakkan diri aku disitu? sebabnya supaya bila aku gagal aku tidak menjadi seorang yang kecewa kerana kegagalan.
jarang aku menulis kisah hidup aku waktu sekarang, kalau dulu-dulu memang banyak, tapi aku dah bakar kesemua, takut orang membaca isi hati aku. haha.
kegagalan pertama aku adalah pada umur 8 tahun. dimana aku gagal untuk khatam Al-Quran. teruk aku kena kutuk dengan arwah abang aku. dia berjaya, tapi aku...gagal. hampir seminggu aku gaduh dengan dia. dari situlah aku mula meletakkan diri aku sebagai seorang yang gagal. kali kedua, aku gagal selamatkan arwah abang aku dari maut, yalah, siapa yang mampu selamatkan nyawa? andai sudah ditakdirkan dia akan pergi jua, selepas itu aku gagal selamatkan adik aku. dia juga pergi menghadap ilahi, kedua-duanya pergi di depan mata aku sendiri. tidak ada setitis pun airmata aku keluar, aku tak tahu lah sama ada aku masih kecil lagi ataupun aku belajar menerima kenyataan.
cukup kisah aku diwaktu kecil.
bila aku mula membesar, aku gagal sekali lagi dalam hidup, dengan keputusan PMR yang teruk aku diterima untuk kekelas yang baik. aku dibuang dari asrama. sebabnya, aku seorang yang gagal. akibatnya, result SPM aku teruk, ada 6E kesemuanya. tapi nasib menyebelahi aku, aku diterima masuk ke tingkatan 6. tapi nasib aku di tingkatan 6 tidaklah sebagus mana. aku tidak diterima oleh orang-orang disitu. dua bulan aku tidak kesekolah, sampaikan bapak aku tanya nk belajarke tidak, kalau aku tak nak belajar, dia nak belikan lembu dua-tiga ekor, nak suruh aku bela. lepas dia cakap macam tu, aku sambung cuti aku lagi seminggu. lepas tu barulah aku pergi sekolah. tu pun sebab nak main sepak raga tuju. aku mula bersekolah. walaupun budak sekolah tak suka aku, tapi ckgu sekolah tu semua rakan baik aku. mungkin sebab sekolah lama aku adalah sekolah elit dalam daerah tu. last sekali aku dapat masuk UUM.
ingat aku nak ke degree tu ke hapa ke. abah aku pun tak paksa aku nak masuk ke tidak, tiada paksaan untuk aku. tapi, oleh kerana aku dah guna duit pendahuluan PTPTN tu sampai separuh, nak tak nak terpaksa jugak aku masuk UUM tu.
masa masuk u tu baru aku tahu macam-macam manusia dalam dunia ni, kalau tak, skop perkenalan aku cuma manusia dalam negeri kedah jek. kali ini aku kenal lebih ramai lagi manusia dari seluruh negara. kat sini banyak kali aku gagal, tiga kali aku LB atau lulus bersyarat. akibatnya, aku grad sama-sama dengan kawan-kawan aku.
lepas grad, aku tak banyak cari kerja, walaupun aku perlukan kerja. aku buat kerja kampung saja, tanam padi dan menoreh. memang gembira hidup aku sebab tak terikat dengan mana-mana sistem.
lepas tu aku try mntak untuk sambung belajar. aku tak bagitahu kat sapa-sapa, even mak bapak aku. last-last aku dapat diploma pascasiswazah. lepas tahu yang aku dapat baru aku bagitahu kat mak bapak aku. aku tak heran yang mak bapak aku ni langsung tak tergejut. diorang cakap ikut la nak sambung ke tidak. aku tahu sebab mak bapak aku bukan nak anak dia ada degree ka master ka PHD ka. aku tahu mak bapak aku cuma nak aku jadi anak yang soleh, walau aku pengemis sekalipun. tapi mungkin aku gagal dalam hal itu.
aku masuk UKM dengan duit abah aku bagi, dari mana dia dapat duit pun aku tak tau. bukan senang nak cari seribu ringgit dalam masa terdekat. keluarga aku bukan kaya, bukan berduit.
masa cuti tu aku balik kampung jumpa mak bapak aku. baru aku tau, yuran adik-adik aku yang sekolah rendah tu belom bayar. cilaka, cilaka!!!!!

aku memang gagal. sampai bila-bila aku tetap seorang yang gagal.

18 Apr 2012

tarikat, isu bertudung dan lain-lain

bercakap hal-hal keagamaan, orang akan bagi contoh atau petik kata-kata ustad atau imam-imam yang dulu-dulu. islam zaman sekarang banyak mengagungkan manusia dari tuhan, contohnya pengikut imam shsfie, mereka hanya menerima pakai pendapat imim tersebut sahaja. seolah-olah mereka menabikan imam tersebut. perlu diingat, siapa imam-imam itu, mereka bukan nabi, kata-kata mereka bukan hadis. tapi sekarang ni sapa pakai serban, sapa ada tanda hitam kat dahi, dialah yang akan menjadi ikutan. bila aku bercakap dalam hal-hal keagamaan, atau berdebat tentang keagamaan, orang akan tanya, tarikat mana kau pakai? bodoh!!!!! tu la soalan yang paling bangang selalu aku dapat.

isu pemakaian tudung pulak. pernah aku dengar orang berkata yang itu hak masing-masing. nak pakai ke tak tu hak masing-masing.bila ditegur, dia cakap, ko da tau ke ko masuk syurga ke tak? adess. tambah-tambah kalau bercakap dengan golongan atheis dan seangkatan dengannya. pernah dalam satu kelas dulu, lec pernah tanya dekat seorang muslim yang tak pakai tudung. dia jawab, "saya belum bersedia lagi untuk pakai tudung, nanti kalau saya pakai, tak ikhlas kerana keterpaksaan, buat apa saya pakai, hipokrit tu." ni lah jawapan yang paling bodoh pernah aku dengar. jika aku tanya budak tu kenapa engkau tak solat. patut kah dia jawab, saya belum bersedia lagi, nanti kalau saya solat saya akan jadi manusia hipokrit. bangang tak? fikirkan sendiri ya.

seorang tabligh datang jumpa aku, dia cakap macam-macam. aku ambik satu ja kata-kata dia. dia cakap manusia dikawal oleh ALLAH. setiap perlakuan manusia dikawal oleh ALLAH. bila kita makan, ALLAH yang mengunyah mulut kita. ALLAH yang mengangkat tangan kita. ok. fikirkan balik. kalau semua yang kita buat dikawal oleh ALLAH. abis apa yang betul-betul kita buat. jadi kita adalah ALLAH la. ea dak? sebab apa yang kita buat DIA yang buat.

aku ada seorang kawan, alim, hafal Quran 30 juzuk. bercakap dengan dia isu rasuah dan riba. aku tanya dia kalau dia amat-amat perlukan duit, tiba-tiba ada orang mahu rasuah dia satu juta, dia terima tak? dia dengan selamba cakap aku terima. kalau gaji, RM1500 anak ada 10 mcm mana aku tak ambil rasuah. sebab terpaksa. aku diam ja lepas dengar jawapan dari dia. inilah islam zaman sekarang. menjadikan keterpaksaan dan darurat sebagai alasan untuk menghalalkan apa yang haram. cuba renungkan. setiap hari kita terlibat dengan riba. atas alasan apa? darurat. terpaksa. zaman sekarang tak macam zaman dulu. lupa pulak cakap pasal riba. kalau belu moto cash harganya RM3000, tapi kalau beli hutang harganya RM4000. ni contoh saja. bukankah tu satu riba? dengan alasan yang biasa manusia menghalalkan riba. kalau dengan alasan macam ni lah aku fikir, tak mustahil tahun-tahun yang akan datang orang islam akan berzina atas alasan yang sama. orang islam akan minum arak atas alasan yang sama. orang islam membunuh atas alasan yang sama.tapi apa nak heran. semua tu kan tanda-tanda kiamat.

cakap macam tahu islam, seorang penganut yang taat, tapi bertuhankan pointer yang tinggi, bertuhankan kejayaan duniawi, bertuhankan pangkat dan nama, bertuhankan wang ringgit, bertuhankan pencapaian cemerlang. mana ALLAH kau letak??

cakap yang kau ni orang bersyukur, tapi bila poiter bawah 3 kau kecewa. barang kena curi kau kecewa, awek tinggal kau kecewa, kena buang kerja kau kecewa, kena buang universiti kau kecewa, kau tau tak kecewa tu apa? hanya orang yang tak bertuhan sahaja yang akan kecewa. sia-sia saja kau sembahyang lima waktu.

**sama-sama renungkan**

28 Mac 2012

ianya berlaku sekali lagi

kita sudah mula mengharap,
pada sebuah harapan yang datang,
walau ianya secara tiba-tiba..
kita sudah yakin dengan itu..

tapi...
entah kenapa..
jiwa ini makin tertekan,
makin merasa tiada makna apa-apa dalam diri,...

aku ini yang entah siap2-siapa,
mana mungkin aku dipercayai...

21 Mac 2012

jangan menangis

kau sudah gagal,
kau sudah jatuh,
kau dipermainkan,
kau sakit,
kau sedih,

jangan kau menangis..
simpan airmata kau..
untuk sesuatu yang lebih bermakna..
bukan untuk diratapi..

bangun lah kamu..
dari kegagalan,
dari kejatuhan,
dari dipermainkan,
dari sakit,
dari kesedihan..

cuba untuk melawan kembali..
cuba cari kekuatan..
yang dapat memberikan kau kesempatan..
untuk teruskan hidup..

jika kau menangis kerana kegembiraan dan keterharuan..
menangislah sepuas-puas hatimu..

rindu

kenapa perasaan ini wujud?
aneh...
dalam sekelip mata ianya boleh berlaku.
sekelip mata juga ia mapu berubah..

rindu...
anehnya perasaan ini..
rasa suka bila dirindui..
rasa rindu bila merindu.

sehari tidak ketemu,
terbit rasa rindu,
rasa yang penuh dengan harapan,
harapan yang ditungu-tunggu,
semoga suatu hari nanti kita ketemu..

oh...
apabila hati berbicara,
tidak terluah dengan kata-kata,
hanya perasaan dalam diri yang memahami,
rindunya aku kepadamu..



p/s: dedikasi untuk lurve apple. sajak kamu

16 Mac 2012

cinta sesama manusia

hebatnya rasa cinta,
segalanya sempurna,
tiada cacat cela,
atas diri si dia,

yang salah semuanya dianggap baik,
tiada yang buruk,
walau kelakuannya agak teruk,
walau sifatnya seperti beruk,

hebatnya,
agungnya,
gahnya,
besarnya,


itu semua semasa bahagia,
semasa hidup dalam angan-angan,
semasa berada dalam khayalan,

tapi...
cinta yang agung ialah cinta yang tidak dapat memiliki,
cinta yang hebat adalah cinta yang penuh dengan pengorbanan.
sedialah bekorban demi cinta.
cinta sesama manusia..

12 Mac 2012

kemana "dia"

dia menghilangkan diri?
aku tak jumpa dia?
lemah semangatku..
dia bencikan aku?
atau sudah bosan dengn aku?

hatiku gundah gulana,
hidup benuh dengan teka-teki,
tanpa ada jawapan yang pasti..

semangatku luntur.
hidupku tiada makna,
masa depan ku kabur,
entah berada dimana.

jika aku yang bersalah MAAFKAN AKU...

11 Mac 2012

leman bijak pandai.

leman termenung seorang diri sambil melihat kertas jawapan exam yang diterima oleh cikgu sainsnya pagi tadi. entah keberapa kali dia melihat kertas tersebut. mungkin ada rasa tidak puas hati. selalunya jika dia berasa yakin dengan jawapannya, susah untuk mengatakan ianya salah. tapi kali ini berbeza pula. memang dia yakin dengan jawapannya, tetapi mengapa cikgunya memangkah pada jawapannya? hal ini membuatkan leman sedikit tidak puas hati. "aku mesti menuntut keadilan!!" getus hatinya. setelah lama berfikir, leman mengambil keputusan untuk bertemu cikgunya esok dan menyelesaikan semua permasaalahan yang bermain di fikirannya.

malam itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. perkara yang difikirkannya adalah mengapa dia boleh salah pada jawapan yang betul dia yakin betul?
sekejap dia beralih ke kanan, sekejap kekiri. matanya tidak juga terlelap. fikirannya bercelaru. tidak mungkin orang sebijaknya tidak dapat menjawab soalan sesenang itu. entah berapa lama kemudian dia pun terlena. dia sendiri pun tidak sedar pukul berapa dia terlena. dia terlena dalam keadaan yang tertekan. ya..tertekan kerana masalah yang tidak selesai.

keesokkan harinya dia bangun pada awal pagi. terlalu awal, subuh pun belum masuk lagi. bayangkan betapa awalnya leman bangun pada pagi itu.
bangun dari tidur dia tidak terus mandi. dia berfikir kembali masalah yang menghantui fikirannya. itulah sifat semulajadi leman yang mana dia akan sentiasa berfikir jika ada sesuatu masalah yang melanda dirinya.
selepas beberapa ketika dan dia berjaya menenangkan diri, lantas dia bangun capai tuala yang terletak di penjuru biliknya. lalu dia bergegas ke bilik mandi.
semasa berendam dalam bath tub fikirannya melayang sekali lagi. kali ini dia berfikir "apa jawapan atau alasan yang akan diberi oleh cikgunya. agak lama dia berfikir dan setelah puas berfikir dia pun bangun dan menyiapkan diri untuk kesekolah.
setelah selesai menyiapkan diri dia termenung seketika. hendak solat subuh, belum masuk waktu lagi. jadi masa yang ada digunakan sepenuhnya dengan berfikir. penat berfikir dia kedapur untuk mengalas perutnya yang tidak berisi sejak petang semalam.
sampai didapur, hatinya sedikit kecewa, emaknya baru bangun, "kalau emaknya baru bangun mestilah tiada apa yang dimasak lagi" rintih hati kecilnya.

usai solat subuh leman terus kekantin. mujur kantin sekolahnya buka agak awal. almaklum lasekolah yang menempatkan hampir 5ribu pelajar. ya. leman solat subuh di surau sekolahnya dan bersarapan disekolahnya. semua ini kerana tidak sabar untuk sampai kesekolah dan menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya. begitu ikhlas jiwa nurani leman ketika ini. sarapan leman ketika itu ialah nasi lemak dua bungkus dan karipap kelapa tiga biji, almaklumla perutnya sejak petang semalam tidak berisi. agak kenyang dia pagi itu.

loceng berbunyi menandakan waktu rehat menjelma. waktu ini adalah saat-saat yang ditunggu oleh leman. dia akan ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru sainsnya yang menyalahkan jawapan yang diyakininya betul.
cikgu liza nama cikgu sainsnya. orangnya agak lembut, berbudi bahasa, cantik, dan yang paling penting bagi cikgu disiplin sekolahnya adalah cikgu liza ini belum berkahwin. apa kaitan cikgu disiplin dengan cikgu liza? itu kita bincangkan minggu depan.

saat dia melangkah kedalam bilik guru tersebut, matanya sudah melihat kelibat cikgu liza, cantik sungguh cikgu sainsnya itu dengan berbaju kebaya hijau dan bertudung ala-ala rozita che wan. "kalaulah aku belum ada awek, dah lama aku ayat cikgu ni" akal jahat bermain dalam fikiran leman.

"asalamualaikum cikgu" sapa leman
'waalaikumsalam" jawab cikgu liza
'ada apa leman?'
'tak adalah cikgu, saya cuma nak bertanya tentang jawapan saya ni, kenapa salah cikgu?'
'mana?'
'ni cikgu'

cikgu liza mengerutkan kening, tapi masih tersenyum. pehh kalau siapa yang nampak cikgu liza ni senyum, ustaz mat pun boleh tinggalkan bini dia. siapa ustaz mat ni? sekadar watak sampingan saja.

"sebenarnya leman, ni bukan subjek agama tapi sains, jawapan kamu tu memang salah" kata cikgu liza sambil berjalan meninggalkan leman disitu.
leman terpinga-pinga sendirian.
"ok, plan pertama gagal akan aku cuba plan yang kedua", rancangan baru muncul dalal fikiran leman.

masuk saja dalam kelas, leman bertanyakan tentang masalahnya kepada kawan rapatnya yang bernama kasim. kasim tengok jawapannnya..
kasim senyum..
makin lebar senyumannya..
lama kelamaan senyuman itu bertukar ketawa berdekah-dekah.
' memang la salah jawapan kau ni, tak relevan langsung'

selepas itu hampir satu kelas mentertawakan leman.

soalan; bagaiman berlakunya hujan dan nyatakan proses yang terdapat semasa berlakunya hujan,
jawapan leman: hujan diturunkan oleh ALLAH dan yang memprosesnya adalah malaikat Mikail.

10 Mac 2012

pencipta

selalu orang berkata...
aku baik.
aku jahat, aku kuat, aku hebat, aku hensem, aku lawa, aku bijak dan macam-macam lagi.
dan yang selalu kita dengar bila seseorang itu perlu berlakon untuk sesuatu masalah dan menyagka buruk-buruk pasal diri, agama, dan sebagai nya kita akan dengar nasihat yang berbunyi "jdilah diri sendiri" "cuba kenal diri sendiri" dan banyak lagi lah.

ok semua ini terlalu cliche bagi aku.
sebabnya...
yang membuatkan kau sihat, kuat, baik, hensem, bijak, lawa tu siapa?
siapa yang memberikan semua itu?

ok kau kata kau kenal diri kau.. mana????
mana kau sebenarnya? jika nama kau ialah mat. mana mat yang sebenarnya?
(tunjuk dada dan kata aku ni mat)
tu bukan la.. tu dada. abis mana mat???

kau makan..guna tangan.. siapa yang membuatkan tangan kau terangkat?
kau kenyang...siapa yang membuatkan kau kenyang?
kau berjalan..siapa yang membuatkan kau berjalan?

tidakkah kau terfikir tentang semua itu?
jadi kau cakap kau kenal diri kau?
bohong bagi aku...

kau kata yang kau akan percaya pada kajian dan sains?
ok tu kepercayaan kau..
kenapa aku tidak sama dengan kau?
tidak percaya pada sains..

ya mengikut sains semuanya ada sebab dan musibab tersendiri..
sekurang-kurangnya aku tak percaya bahawa aku berasal dari BERUK..
bodoh punya sains..

kasih yang tak sudah

sayang..
dengan setulus hatiku, dan sejujurnya.
aku mahu kau tahu.
hati ini amat mencintaimu.

selangkah engkau pergi,
seribu langkah akan aku mengejarmu,
sekelip mata engkau hilang,
setiap inci dunia akan aku cari,

mengertilah wahai sayang,
kasihku padamu tidak akan berubah,
walau ditelan masa dan zaman,
walau berjuta halangan yang datang,
aku akan tetap menantimu dengan tenang,

dengan sepenuh hati aku mengharapkanmu.
sekiranya dunia menjadi penghalang,
maka,
akan ku dambakanmu di syurga yang abadi.

9 Mac 2012

kisah anak remaja #ep2

membe yang sebelah aku ni namanya mat hafiz. disebabkan ramai orang kampung aku yang bernama mat maka aku letakkan dia sebagai hafiz.

tengah syok aku layan vanilla coklat tu hafiz ni pulak bersuara,
"tak kena la harini, salah lubang pulak". aku paham maksudnya, spontan aku menoleh kearahnya.
"belah mana hang ambik?"
"aku ambik K naik lubang M, celaka"
"tu la, aku suruh main keliling nk main sebelah-sebelah"
"banyak duit weh nk main keliling"

ni kisah dia tikam nombor ekor tak kena lah. pernah suatu ketika dulu kami ambik upah meracun rumput belakang kubur. enam orang semuanya. upah yang dapat cuma RM50. macam mana nak bahagi kalau upah RM50 tapi orangnya ada enam. selepas berbincang sesama sendiri kami ambik keputusan tikam nombor. last-last kena pulak tu 2 angka. dapat RM120. ha ha kan dah boleh bahagikan. ada lagi satu cerita mengenai hafiz ni, dulu masa mula-mula dia main nombor ekor, dia duduk berteleku tapi perdu pokok pisang, dekat setengah jam dia duduk situ. apa yang di fikirkan pun aku tak tau. lepas tu dia datang kearah kami bawa pen dan kertas. dia cakap aku dah dapat dengan wat muka sengih kerang dan muka tak bersalah. yang ajaibnya esok tu dia telefon aku cakap dia kena nombor. dalam hati, aku menyumpah-nyumpah apa yang dia buat dekat pokok pisang tu. lepas aku tanya apa yang dia buat, dengan selamba dia jawab " aku kencing ja kt pokok pisang tu".
celaka!! tapi aku rasa lega kerana dia tak buat benda khurafat.


aku yang jarang ambik pot pasal nombor ekor ni layankan saja. dah memang hobi mereka. nak melarang? macam la aku ni baik sangat.
dalam kesibukan kami bercerita mengenai nombor yang tak kena tu datang lima biji moto masuk kat tempat parking tepi kedai tu. ada enam orang semuanya. mereka-mereka ni orang kampung aku. malam-malam ni lah terpat pertemuan semua pemuda-pemuda kampung aku. almaklum la siang-siang semuanya bekerja mencari rezeki. ada yang menoreh ja, ada yang jadi driver jentera berat dan macam-macam lagi lah kerja yang mereka buat. serba boleh la katakan.

mereka-mereka yang tadi tu trus kemeja kami. ambik kerusi dduk satu meja.ada pulak sorang membe aku ni duduk depan-depan aku. menghalang aku untun menonton TV.
"hoiii tepi lah aku nak tengok TV ni".
" alah ni pun nak emo".
"cita feveret ni"
" cita bodo ni pun nak tengok"

dengar ayat tu aku trus tak tengok TV. ambik pot pasal tajuk yang mereka bincangkan. membe aku ni ajak pergi pulau pinang nak cari keja. yang dapat interview kat penang tu namanya YEN. dia ni kalau hal-hal perempuan memamg kategori sifu lah. ntah ubat apa yang dia pakai sampaikan dia digelar 'playboy bendang baru'. ingat senang ka nak dapatkan title tu. atas semua usaha dan berkat kesabaran dia dapat jugak title tu kat dia. dia ni orang kampung yang agak susah nak buat kerja kampung. melainkan kerja tu boleh siapkan dalam masa sehari. untuk makluman, dia ni penganggur, tapi disebabkan title yang dia dapat tu maka perempuan-perempuan yang sangkut dengan dia automatik akan menjadi penyara kepada dia.

"rokok daun ada tak JAN?" aku bertanya kepada membe aku yang lain. JAN ni memang terlalu kampung hidupnya. susah nak diajak keluar kampung. pernah suatu ketika dulu kami ajak dia pergi Alor Setar tengok wayang. takat melulut dengan tarik tangan dia takkan goyang la. memang dia takkan ikot. yang dia tahu dan suka ialah pergi mengail, tahan pukat burung, mandi sungai, main sepak raga tuju, main wau. semua benda tu tak payah diajak, dia yang akan mengajak. nak buat macam mana itu hobi dia dan dia ni mungkin tidak terdedah kepada panorama atau aktiviti kekotaan kot. tak pernah masuk atau pergi melihat2 budaya luar. yang dia tahu. bangun pagi nampak pokok getah. kalau satu hari nanti dia bangun pagi-pagi nampak kapal terbang ka bangunan tinggi2 ka maunya mati sakit jantung ni..

"nah" dia berkata sambil menghulurkan seberkas daun dan tembakau.

sambung lagi...

8 Mac 2012

alangkah...

kalau sama seperti alangkah...

jika apa yang di "kalau"kan dan juga di "alangkah"kan itu menjadi kenyataan..
semua orang takkan perlu bersusah-susah.
hidup akan menjadi senang..

janganlah berkalau jika kamu berada di dunia yang nyata...
jangan beralangkah jika kamu mencari kesempurnaan..
sememangnya kesempurnaan itu tidak pernah wujud.

kamu hanya bermimpi..

7 Mac 2012

kisah anak remaja #ep1

keluar rumah aku terus bawak moto menuju ke kedai mkn membe aku. moto ni aku beli hasil duit PTPTN. maklum la orang tak ada kerja mcm aku ni mana mampu nak beli pakai duit sendiri. tu pun nasib la masa aku praktikal dulu dapat elaun ditambah dengan duit PTPTN yang tak ditolak yuran. dapat jugak aku beli motosikal EX5 ni. dah rezeki.

sampai saja dikedai membe aku tu, aku tengok tak ada orang yg aku kenal melainkan tuan punya kedai dengan pekerjanya. "mana abis budak2 NAMAI ni?". aku ambik keputusan pegi kedai runcit depan sikit sebelah kedai sayur tu. aku beli surya 3 batang. kenapa aku beli 3 batang? sebab 3 batang harganya singgit.

tengok kiri, tengok kanan belum ada tanda-tanda membe aku akan sampai. aku dduk atas moto sambil isap surya yg aku beli tadi tu. fuhhh nikmatnya..
tiba-tiba..
woiiiiiii!!! satu suara dri belakang.
aku menoleh,
celaka masa bila pulak mamat ni sampai. sedar-sedar dah ada kat belakang aku.
"lama sampai?"
"baru ja."
"jom"
kami pun gerak ke kedai makan tadi.aku ambik tempat duduk betul2 depan televisyen, maklum la malam ni ada cerita vanilla coklat sebab tu aku duduk depan2 TV. membe aku tadi dduk sebelah aku. dia ni dulu penah kalah judi dekat 3ribu jugak kot. lepas kalah judi terus pergi massage dekat kampung siam yang jaraknya dua kampung dari kampung aku. nak tenangkan fikiran katanya. tapi semua tu cerita lama. sekarang ni kertas nombor ekor penuh dalam beg kecik dia. tak salah cuba nasib katanya.


to be continue.....

masa

aku rasa bahagia.
aku rasa gembira.
tapi semuanya tak lama.
hanya untuk sementara.

ada ketika dia seperti menerima aku.
tapi kenapa masa itu tidak lama.
aku mahukan lebih dari itu.
lebih dari semua yang berlaku.

bahagia hanya sementara.
selepas itu duka yang menjelma.

siapa aku sebenarnya bagi dia?
hanya untuk dilukai?
hanya tempat bersenda?
hanya tempat persinggahan?

aku keliru.
dengan hukum aku sendiri.
tuhan...bukakan pinyu hatinya untuk diriku..
walau hanya sedikit.

22 Feb 2012

sekali lagi

aku pernah angankan suatu ketika dahulu
aku ingat ianya terhenti
terhenti untuk segalanya

namun ianya masih berbaki
yang pada hujungnya bagai tiada kesudahan
aku mencari sinarnya walau dalam kegelapan
lalu,,,,
aku ternampak sesuatu
susuatu yang aku tahu ianya bakal bermula kembali
yang aku tidak pasti mana hujungnya

dan ianya bermula
"sekali lagi"

4 Jan 2012

2013

TIADA AZAM.
YANG ADA CUMA HARAPAN DAN PENANTIAN.
SEPERTI SELALU...

BILA AGAKNYA PELUANG AKAN DIBERI?