Label

17 Nov 2013

langkah

semoga awak bahagia..
selebihnya saya minta maaf.
memori antara kita tenggelam bersama harapan dan pengorbanan.
dibawa bersama arus kekecewaaan,
hilang semuanya, pergi segalanya,
aku masih disini,
menapak selangkah demi selangkah,
membawa segunung harapan,
namun, setiap harapan gugur bersama setiap langkah.
semakin jauh aku melangkah, semakin bertaburan harapan gugur satu persatu,
hingga hilang semuanya,
bila aku berpaling belakang, harapan musnah ditelan masa,
dengan longlai, aku perlu terus melangkah,
aku perlu teruskan,
mungkin dengan lebih laju!
MAAFKAN SAYA AWAK.
SAYA TINGGALKAN SEGALANYA TENTANG AWAK.
AWAK DAH BAHAGIA.
saya perlu terus melangkah.

its over

16 nov 2013
hari ini awak sah menjadi milik dia,
maafkn saya kerana tak dapat hadir majlis awak.
awak tahu,
saya kecewa sebab tak dapat hadir,
saya kecewa tak dapat melihat kebahagiaan awak,
saya kecewa tak dapat memenuhi undangan awak,
saya kecewa kerana terlepas untuk melihat detik-detik bahagia awak.
saya kecewa....sangat.
maafkan saya awak.
lebih 5 tahun saya menunggu dan mengharapkan awak,
tai awak memilih dia,
tak pernah pun sedetik rasa kecewa.
selamat pengantin baru awak,
maafkan saya.
doa saya,
semoga awak bahagia bersama dia hingga ke akhir hayat.
saya boleh berhenti mengharap sekarang.