Label

17 Nov 2013

langkah

semoga awak bahagia..
selebihnya saya minta maaf.
memori antara kita tenggelam bersama harapan dan pengorbanan.
dibawa bersama arus kekecewaaan,
hilang semuanya, pergi segalanya,
aku masih disini,
menapak selangkah demi selangkah,
membawa segunung harapan,
namun, setiap harapan gugur bersama setiap langkah.
semakin jauh aku melangkah, semakin bertaburan harapan gugur satu persatu,
hingga hilang semuanya,
bila aku berpaling belakang, harapan musnah ditelan masa,
dengan longlai, aku perlu terus melangkah,
aku perlu teruskan,
mungkin dengan lebih laju!
MAAFKAN SAYA AWAK.
SAYA TINGGALKAN SEGALANYA TENTANG AWAK.
AWAK DAH BAHAGIA.
saya perlu terus melangkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan